Bismillah! Resepi kali ini membawakan ayam cream cheese sebagai juadah berbuka puasa. Menu ni sangat ramah bagi penggemar keju berkrim. Enak dimakan bersama nasi putih dan boleh juga dimakan begitu sahaja. Boleh scroll resepi di bawah ya!
MENU: AYAM CREAM CHEESE
Bahan-bahan:
- Ayam
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu besar serbuk lada hitam
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 sudu kecil garam
- 1 biji bawang besar
- 10 biji cili padi
- Daun kari
- 5 ulas bawang putih
- Kiub ayam
- 200g cream cheese
- 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
Cara-cara:
1. Sediakan mangkuk besar untuk buat perapan ayam. Masukkan ayam yang telah dibersihkan, 1 sudu besar serbuk cili dan 1 sudu besar serbuk ketumbar.
2. Masukkan 1 sudu besar lada hitam, 2 sudu besar minyak masak dan 1 sudu kecil garam. Gaul ayam sehingga rata.
3. Kemudian, susun ayam di dalam air fryer. Bakar dengan suhu 190°C selama 15 minit. Bila ayam dah siap dibakar, angkat dan ketepikan dahulu.
4. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan 1 biji bawang besar yang dipotong dadu ke dalamnya.
5. Sambil menunggu bawang masak, ambil 10 biji cili padi, daun kari dan 5 ulas bawang putih dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar halus dan terus tuangkan ke dalam kuali sebagai bahan tumisan.
6. Setelah bahan tumisan dikacau rata, masukkan sedikit air dan kiub ayam. Kacau rata.
7. Seterusnya, masukkan 200g cream cheese dan kacau lagi sekali.
8. Masukkan ayam yang telah dibakar tadi. Kacau sehingga keseluruhan ayam disaluti kuah cream cheese.
9. Akhir sekali, masukkan 1/4 sudu kecil serbuk kunyit dan kacau sebati.
10. Siap dan boleh dihidang bersama nasi putih!
Kalau masak guna resepi ni, bukan setakat boleh makan sekali dengan nasi putih je. Nampak gaya, roti dan spaghetti pun macam sedap juga kan dimakan bersama! Ayam yang disaluti keju berkrim.. dengan kuahnya yang pekat likat, memang memikat lah resepi ni! Korang boleh buat air Sunquick Laici untuk segarkan balik tekak lepas makan makanan berkrim tau! Selamat mencuba!
Untuk lihat resepi ayam yang lain, boleh klik sini.
Video Penuh: Ayam Cream Cheese
Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor