Kejayaan Kopi Kenangan dan Pembukaan Cawangan Baru Di MyTown, Cheras

You are currently viewing Kejayaan Kopi Kenangan dan Pembukaan Cawangan Baru Di MyTown, Cheras

Hari tu min ada cerita sedikit sebanyak tentang Kopi Kenangan yang baru melebarkan sayap di Malaysia kan? Haaa hari ni min nak cerita tentang cawangan mereka yang baru sahaja dibuka di MyTown, Cheras.

Pada 16 November lepas, rakan setugas min telah berpeluang menghadiri sesi media bersama Head of Coffee, Mikael Jasin di Kenangan Coffee, MyTown Shopping Centre, Cheras. Selain dari outlet launching, Mikael juga ada menunjukkan serba sedikit demo membancuh kopi mengggunakan mesin dan biji kopi yang bermutu tinggi.

Cawangan Kenangan Coffee di MyTown
Cawangan Kenangan Coffee di MyTown. Sumber: Google

Mesin dan Barista Bertaraf Dunia

Kopi Kenangan menyediakan minuman kopi berkualiti tinggi dengan menggunakan mesin kopi yang terbaik dan bahan mentah gred tinggi. Bagi mengekalkan konsistensi dan kualiti produk dan perkhidmatan mereka, mereka memiliki dan mengawal semua kedai Kopi Kenangan.

Ketua mereka, Mikael Jasin mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dan merupakan pemenang dalam Kejohanan Barista Indonesia 2019 dan 2020. Beliau juga telah menyertai Kejohanan Barista Dunia Boston 2019 dan menduduki tempat ke-4. Pada masa ini, beliau merupakan Barista Terbaik ke-7 Dunia (2021).

Mikael Jasin, Head of Coffee selaku barista bertaraf dunia.
Mikael Jasin, Head of Coffee selaku barista bertaraf dunia.

Kejayaan dan Anugerah Kopi Kenangan

Selain dari kejayaan barista mereka, Kopi Kenangan juga telah menerima Pensijilan Halal daripada MUI (Majelis Ulama Indonesia) di bawah kategori A (Sangat Baik) pada tahun 2020, dan terbaru pada tahun ini, mereka telah menerima Anugerah Pelaksanaan Sistem Jaminan Halal Terbaik bagi kategori restoran dalam acara LPPOM MUI Halal Award 2022.

Mikael menunjukkan demo menggunakan mesin kopi yang berkualiti tinggi
Mikael menunjukkan demo menggunakan mesin kopi yang berkualiti tinggi

Tambahan pula, Kopi Kenangan telah menerima Sijil Pengendali Makanan daripada Badan Nasional Sertifikasi Profesi (BNSP) yang mewakili pengiktirafan negeri terhadap keupayaan pengendali makanan untuk mengendalikan keselamatan makanan. Mereka telah memperolehi 1,349 pensijilan BNSP dan mereka adalah peruncit minuman dengan pekerja yang paling diiktiraf Pengendali Makanan di Indonesia.

Selain itu, mereka telah menerima Jenama Terbaik daripada Anugerah Penjenamaan Dunia di bawah kategori Peruncit Kafe selama dua tahun berturut-turut daripada 2020 hingga 2022. Pada tahun 2021 lagi, mereka menerima Pensijilan CHSE (Clean, Healthy, Safe and Environmentally Sustainable) daripada Kementerian Pelancongan Indonesia dan Ekonomi Kreatif.

📍 Location

Kenangan Coffee MyTown

Lot G-047 Ground Floor

MyTown Shopping Centre,

6, Jalan Cochrane, Sekyen 90,

55100 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Phone: +62 817 9140 007

Instagram: https://instagram.com/kopikenangan.id?igshid=ZjA0NjI3M2I=

Facebook: https://www.facebook.com/kopikenangan.id/

TikTok: https://www.tiktok.com/@kopikenangan.id?_t=8Wcv1w1h4eA&_r=1

Website: https://kopikenangan.com/?mibextid=5souq8

Comments