Lontong Kering Cik Din – LONTONG ISTANA

  • Post author:
  • Post category:Makan
  • Reading time:2 mins read
You are currently viewing Lontong Kering Cik Din – LONTONG ISTANA

Mesti ramai yang tak tahu kan yang Lontong sebenarnya berasal daripada Indonesia. Lontong versi Indonesia terbuat dari beras yang dikukus lalu dibungkus dengan daun pisang dan boleh dimakan bersama variasi kuah kerana di sana setiap daerah mempunyai versi kuahnya yang tersendiri. 

Berbeza dengan lontong di Malaysia, lontong di sini boleh didapatkan dalam dua versi, Lontong Kering dan Lontong Kuah Lodeh. Jadi hari ini Min nak berkongsi satu lagi hidden gem spot buat pencinta Lontong iaitu Lontong Kering Cik Din – Lontong Istana.

Bertempat di Taman Batu Muda bersebelahan Masjid Saidina Hamzah, gerai Lontong Kering Cik Din ni terkenal dalam kalangan penduduk tempatan sahaja dengan menu lontongnya sebagai hidangan sarapan.

Ingin membuat kelainan dan menjadi keistimewaan – Lontong Pak Din ini bukan sahaja dihidang dengan kuah lodeh dan kuah kacang malah dihidang bersama rendang ayam serta sambal sotong. Jadi memang meriah sangat lontong Cik Din ini dengan segala macam inti.

Menggunakan bahan yang berkualiti tinggi daripada santan sehinggalah kacang tanah, jadi tak hairanlah Lontong Cik Din boleh sampai ke Istana Negara semasa sambutan Hari Raya Haji. Menurut Pak Din, salah seorang pelanggan tetapnya berkhidmat di Istana Negara. Pada satu hari, pelanggan tersebut membeli lontongnya dan berkongsi dengan para pekerja yang lain di Istana. Ibarat durian runtuh, kemunculan lontong Pak Din di istana mendapat perhatian KDYMM Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong. Tidak lama selepas itu, Pak Din mendapat pesanan lontong sebanyak 30 bungkus daripada istana. 

Kalau Permaisuri Agong pun berkenan dengan lontong kering Pak Din ini, jadi anda semua terutamanya penggemar lontong wajib cuba dan rasai sendiri. Selain daripada lontong, variasi hidangan sarapan yang lain turut boleh didapatkan di warung Lontong Kering Cik Din ni, seperti Roti Canai dan Nasi Lemak! Kepada yang kurang meminati lontong, still boleh datang untuk menikmati hidangan sarapan yang lain.

Comments