“Kopi Spanish Ikat Tepi Satu!” – Zus Coffee Edisi Merdeka

You are currently viewing “Kopi Spanish Ikat Tepi Satu!” – Zus Coffee Edisi Merdeka

Para penggemar Zus Coffee mesti teruja dengan kejutan baru sempena musim kemerdekaan ni! Zus Coffee ada keluarkan ‘Kopi Spanish Ikat Tepi’ dengan masa yang terhad sahaja tau! Korang boleh dapatkan Kopi Spanish Ikat Tepi ni bermula dari 27 Ogos sehingga 31 Ogos 2022, 5 hari je untuk korang try edisi ni!

Zus Edisi Merdeka 2022.

Air bungkus ikat tepi sudah menjadi sinonim dengan penduduk Asia termasuklah di Malaysia. Kita lebih gemar minum daripada bungkusan kerana ianya mudah dibawa kan? Korang pun mesti sama kan, takkan Min sorang je? Hehe. 

Sejak Zus Coffee umum edisi Merdeka ni, ramai yang memuji dan teruja nak beli ‘Kopi Spanish Ikat Tepi’ ni kerana ia mengimbau kenangan beli air ikat tepi di warung-warung. Maklumlah, dengan kewujudan jenama-jenama kopi urban seperti Starbucks, Gigi Coffee dan sebagainya, orang ramai lebih tertarik untuk membeli kopi ready-to-go berbanding dengan kopi ikat tepi macam dulu-dulu.

Spanish Latte kegemaran ramai.

Min sendiri dah pergi rasa ‘Kopi Spanish Ikat Tepi’ ni dan Min setuju yang rasa teruja dan gembira dia tu lain macam. Sebagai penggemar Spanish Latte dari Zus, Min rasa dari segi rasa tiada perubahan, tetap sedap macam biasa! Min cadangkan korang pula try untuk ambil feel sempena nak sambut hari Merdeka ni!

Comments