Buttermilk Chicken yang Underrated di SS15! | Warong Samad

You are currently viewing Buttermilk Chicken yang Underrated di SS15! | Warong Samad

Korang mesti tahu kan SS15 kat Subang Jaya tu yang dulu terkenal dengan boba yang ada macam-macam brand kat situ. Dulu dipanggil boba street tapi nampaknya perniagaan boba makin menurun lah lepas pandemik ni kan? Tapi takpe, boba takde, korang boleh dapatkan buttermilk chicken yang serious sedap. Mesti korang akan datang lagi ke restoran yang dinamakan Warong Samad ni setiap kali korang craving nak makan buttermilk chicken.

Menu buttermilk chicken kat Warong Samad ni memang murah tau korang dengan portion yang banyak mesti korang kenyang tapi akan rasa nak makan lagi sebab memang sedap tambahan lagi dengan buttermilk yang creamy dan ayam yang rangup. Kalau nak tambah pedas, korang boleh add on sambal belacan untuk makan sekali dengan nasi dan buttermilk chicken ni. Kalau korang taknak nasi, korang boleh order buttermilk chicken ni je tau sebagai side dish dengan menu yang lain!

Ni buttermilk chicken yang korang akan dapat. Tempted tak?
Ni Nasi Buttermilk Chicken. Rm13.50 je korang!

Selain menu utama mereka ni, Warong Samad juga ada menyediakan menu yang pelbagai. Ada hidangan nasi goreng, phad kra pao ayam atau daging, tomyam, kangkung belacan, nasi ayam penyet, nasi ayam goreng percik pun ada! Tak lupa juga, Indomie pun ada di dalam menu Warong Samad ni tau. Pilih lah mengikut selera korang dan harganya pun sangat sangatlah berpatutan. 

Indomie telur mata, RM6 je! 🍜🍳
Nasi Ayam Goreng Percik yang berlemak.
Ni pulak Nasi Phad Kra Pao Ayam. Banyak kan isi ayam dia?
Ni pulak Nasi Ayam Penyet. Please try ni sebab sambal dia sedap!!

Menarik tak? Korang boleh try macam-macam lagi kat Warong Samad ni. Ada Thai green curry jugak tau. Lepasni kalau kami datang lagi, kami nak try tomyam udang galah pulak kat sini. Kalau korang pergi sini, korang boleh mention Purple Durian tau dan jangan lupa tinggalkan komen di sosial media kami!

📍Warong Samad

Address: NO. 42, Jalan SS 15/4b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Google Maps: Warong Samad

Instagram: @warongsamad

Comments

Leave a Reply