Jangan Buat 5 Perkara Ni Semasa Makan!

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden
  • Reading time:2 mins read
You are currently viewing Jangan Buat 5 Perkara Ni Semasa Makan!

Kalau pergi mana-mana, sudah tentu kita kena jaga adab kita, betul tak?

Tak kiralah kalau dengan keluarga, orang luar, kawan-kawan… Kita mestilah menjaga adab kita. Lagi-lagi waktu sedang menjamu selera.

family dining

Ini adalah perkara yang biasa yang perlu diketahui dan dilakukan oleh masyarakat.

Pastikan korang elakkan dari melakukan 5 perkara ni waktu makan!

1. Bercakap dengan mulut yang penuh dengan makanan

via GIPHY

Kita perlulah hormat orang-orang sekeliling. Kalau mulut penuh dengan makan, kunyah dan telan barulah mula berbual. 

Kalau tak, orang lain boleh nampak makanan yang tengah dikunyah dalam mulut… tak selera tengok!

2. Makan dengan tangan kiri

makan nasi

Ini hanya ditujukan kepada sesiapa yang makan menggunakan tangan. 

Kalau kedua-dua tangan dalam keadaan baik, eloklah kita guna tangan kanan untuk makan.

Ini kerana tangan kiri dikatakan untuk kegunaan di dalam tandas… jadi dari situ korang tahu, lagi elok guna tangan kanan untuk makan.

3. Letak makanan yang sudah digigit diatas pinggan kongsi

kuih malaysia tradisional

Kadang-kadang kita hanya nak cuba salah satu makanan yang dihidang di atas pinggan khas untuk berkongsi dengan orang ramai.

Tapi, janganlah lepas dah ambil dan gigit kemudian letak balik dekat atas pinggan tu… Takkanlah nak bagi orang lain makan sisa kita, betul tak?

4. Tunjuk menggunakan chopstick

via GIPHY

Jangan tunjuk kepada orang lain menggunakan chopstick semasa sedang makan. Perkara ini menunjukkan sebagai tanda tidak hormat. 

Sama juga jika mengayunkan chopstick di udara atau bermain dengannya semasa makan.

5. Masukkan chopstick ke dalam makanan

cucuk chopstick dalam nasi

Dalam budaya Cina, jangan sekali-kali masukkan chopstick ke dalam makanan anda, terutamanya pada nasi. 

Chopstick yang dimasukkan ke dalam nasi di atas mazbah hanya di tempat pengebumian, di mana mereka kelihatan seperti batang joss, juga dibakar di atas mazbah untuk si mati.

via GIPHY

Jadi, sebaik-baiknya elakkanlah daripada melakukan perkara-perkara ini semasa menjamu selera dengan orang ramai sebagai tanda hormat.

Ada yang pernah buat perkara-perkara ni tanpa sengaja?

Cuba korang kongsi pengalaman sendiri di ruangan komen!

Comments