Chicken Royale, Sekampung Pun Boleh Makan Satu Set!

You are currently viewing Chicken Royale, Sekampung Pun Boleh Makan Satu Set!

Pernah lalu tak FYP korang di TikTok atau feed korang di Instagram yang staff restoran ini tarik cheese tinggi tinggi atas fries atau ayam dalam talam tu? Cheese pula memang satu kuali diorang letak, banyak wey! Haaaa ni min review sikit restoran mereka yang famous dengan cheese tarik tu.

Cheese leleh Chicken Royale
Cheese yang diorang guna tu memang tak pernah kedekut lah. Sumber: chicken_royale/Instagram

Nama restoran mereka adalah Chicken Royale. Lokasi mereka pula memang dah berada di merata Selangor seperti Ampang, Bangi, Cheras, Damansara, Gombak, Putrajaya dan Shah Alam. Negeri lain seperti di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor Bahru akan dibuka tidka lama lagi. Semua cawangahn dibuka setiap hari dari jam 12 Tengahari hingga 10 Malam.

Salah satu cawangan Chicken Royale
Salah satu cawangan Chicken Royale. Sumber: chicken_royale/Instagram

Menu

1. Set Mega Badang (RM172.90)

Set Mega Badang
Set Mega Badang. Sumber: chicken_royale/Instagram

Set Mega Badang ini didatangi dengan dua ekor ayam peri peri, Nasi Basmathi berempah, Fries, Wedges, Nugget, Salad Timun dan disertakan dengan Sos Peri Peri pedas pedas manja, Sos Nachos dan Sos Cili. Set ini sangat untuk dimakan oleh 8-10 orang sebab portion dia memang besar dan banyak.

2. Nasi Kasumba – Kambing Crisy (RM31.90)

Nasi Kasumba
Nasi Kasumba yang disediakan sekali dengan kambing crispy. Sumber: chicken_royale/Instagram

Ini pula kalau korang tak nak order set. Nasi Basmathi Berempah yang dihidangkan dengan Kambing Goreng Tepung. Mereka juga menyediakan salad timun bersalut Youghurt dan Sos Peri Peri.

3. Burger Parameswara (RM26)

Burger Parameswara
Burger Parameswara. Sumber: chicken_royale/Instagram

Ini pula burger yang mengandungi ayam crispy bersama bun Brioche lembut. Didatangkan lagi dengan timun jepun dan bawang serta dicurahi dengan Sos Peri Peri dan Sos Youghurt dan tak lupa wedges garing bersama.

Review

Review yang min dapat dari pelanggan mereka yang dah pergi try makan di Chicken Royale ni pun memang positif. Betul harga mereka memang sedikit mahal tapi portion diorang sediakan juga banyak sangat sampai boleh makan hingga 10 orang haa bayangkan penuh satu talam besar tu. Selain dari set, mereka juga ada menyediakan menu lain seperti nasi dan burger. Korang mana yang nak cuba tu nanti boleh klik di website mereka untuk dapatkan lokasi yang berhampiran dengan korang.

📍 Location

Chicken Royale (Cheras)

47, Jalan Suarasa 8/3,

Tu Hussien Onn,

43200 Cheras, Selangor

Phone: 018 768 2482

Website: https://www.chickenroyale.com.my/

Instagram: https://www.instagram.com/chicken_royale/

Facebook: https://www.facebook.com/CRchickenroyale/?ref=page_internal

Comments