Pesta Makanan di Pavilion Kuala Lumpur Berlangsung Sehingga 24 Julai!

You are currently viewing Pesta Makanan di Pavilion Kuala Lumpur Berlangsung Sehingga 24 Julai!

Siapa tak tahu pusat beli belah yang terkenal kat Malaysia ni kan? Pavilion Kuala Lumpur ni boleh dikatakan famous tau sampai ke luar negara dan kalau korang nak tahu, bermula 24 Jun sehingga 24 Julai, Pavilion Kuala Lumpur ada membuat satu acara pesta makanan yang dinamakan ‘Pavilion Feast’! Menarik kan?

Kat sini, bermacam-macam jenis makanan dan jenis masakan yang korang boleh try.

Semua memang sedap-sedap dan tak rugi kalau korang pergi sendiri dan try semua ni.

Dengan lebih daripada 10,000 pilihan makanan dan minuman yang disajikan di Pavilion KL ni, ‘Pavilion Feast’ menjemput korang untuk memulakan perjalanan rasa dari bazar rempah di Timur Tengah, ke istana besar China, dalam pengembaraan masakan.

Pavilion Feast mempamerkan hidangan istimewa, menyinari chef yang berbakat dan menawarkan tawaran dan promosi menarik daripada lebih 150 kedai makan di Pavilion KL, dilengkapi sepenuhnya oleh Concierge Makan VIP Pavilion KL untuk membantu dengan idea dan tempahan makan.

Kami dah pergi sendiri ke event ni tau. Dapat try semua ni memang tak puas kalau pergi sekali je. Nasib baik event ni berlangsung selama sebulan.

Korang yang tak tahu nak pergi mana tu, boleh lah try pergi ke sini. Memang rambang mata korang. Kalau nak tahu apa yang kami makan dekat acara ni, jangan lupa tunggu artikel seterusnya dari kami! Confirm korang terpikat untuk pergi dan rasai sendiri.

Lokasi 📍

Pavilion Kuala Lumpur

168, Bukit Bintang St, 

55100 Kuala Lumpur, 

Federal Territory of Kuala Lumpur

🗓️ 24 June 2022-24 July 2022

Google Maps: Pavilion Kuala Lumpur

ℹ️: Pavilion Feast 2022