Bubur di Pusat Penjaja Chow Kit Lagi Sedap Dari Bubur MCD?

You are currently viewing Bubur di Pusat Penjaja Chow Kit Lagi Sedap Dari Bubur MCD?

Hi orang Kuala Lumpur! Korang pernah tak try makan di Pusat Penjaja yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman? Pusat Penjaja ni terletak di antara bangunan tau so maybe agak susah lah sikit untuk korang cari tapi korang boleh tengok gambar kat bawah ni kalau korang keliru mana satu lah kan pusat penjaja ni?

Inilah dia!

Apa lagi yang mereka tawarkan?

Kalau korang nak tahu, kat dalam pusat penjaja ni ada banyak tau gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan yang korang boleh pilih! Kalini kami dari team Purple Durian pergi try ke gerai no. 4 di dalam Pusat Penjaja Chow Kit ni. Ramai betul orang masani kami pun kena beratur sekejap untuk dapatkan tempat duduk dan order.

Gerai No. 4, Pusat Penjaja Jalan Tuanku Abdul Rahman

Orang kata kat sini yang paling terkenal adalah mi kari so kami pun apa lagi mestilah kena try jugak! Korang tengoklah betapa banyaknya isi di dalam mi kari ni.

Tengoklah banyak betul kan isi dalam ni?

Ingatkan dekat sini mi kari je sedap, sebab masa tu ingat nak try yang paling orang sebut-sebutkan je tapi kami order bubur ayam juga tau! Serious sedap tau korang kena try. Sebab rasanya bubur kat sini lebih sedap dari bubur di MCD!

Percaya tak harga sebekas ni hanya RM6?

Kalau korang datang sini, tolonglah cuba kedua-dua menu ni tau! Tengok menu lain pun macam sedap juga tapi tu next time lah kami try! Hehe.. Jumpa lagi!

Lokasi📍

Pusat Penjaja Jalan Tuanku Abdul Rahman

PUSAT PENJAJA, LORONG 495, 

Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 

50100 Kuala Lumpur, 

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Google Maps: Pusat Penjaja Jalan Tuanku Abdul Rahman