Durian dan Pisang dalam Apam Balik? | Apam Balik Sedapp @ Chow Kit

You are currently viewing Durian dan Pisang dalam Apam Balik? | Apam Balik Sedapp @ Chow Kit

Dah pergi makan dekat Pusat Penjaja tu, korang boleh lah pula jalan sedikit dalam 5 min macamtu untuk singgah di sebuah gerai yang menjual apam balik. Banyak gila tau korang jenis apam balik yang korang boleh pilih.

Nak pisang? Boleh order apam balik pisang. Nak durian? Boleh order apam balik durian. Best betul kan kalau kita dapat buat pilihan macamtu je. Order je and readykan duit je lah kan! Haha 

Haritu kami ada singgah di sebuah gerai bernama Apam Balik Sedapp @ Chow Kit dekat je dengan pusat penjaja tu dan sangat dekat dengan pasar Jalan Raja Bot! Korang mesti familiar kan dengan pasar ni. Korang jalan depan sikit dan boleh nampak gerai abang ni kat tepi jalan kecil tu!

Tak tipu tau korang, apam balik ni memang sedap, makan pulak panas-panas memang tak cukup la satu tu walaupun besar dan penuh dengan inti! Korang memang kena cuba tau apam balik kat sini!

Korang tengoklah, besar dan banyak sangat kan inti yang abang ni letak?

Korang nak tengok full menu tak? Ha jom tengok kat bawah ni.

Harga pun berpatutan kan!
Yay! Dah dapat dah Apam Balik Coklat Pisang yang kami order!

Korang jangan lupa tau singgah ke gerai apam balik ni nanti! Beli banyak-banyak pun takpe sebab sedap tapi jangan membazir tau kalau rasa tak habis tu! Bye!

📍1c, Jalan Raja Bot, 

Chow Kit, Kuala Lumpur, 

Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

Google Maps: Apam Balik Best dan Kuih Sri Gandus

Comments