Kompilasi Promosi Minuman untuk Menyegarkan Anda Sepanjang Ramadan Ini

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden
  • Reading time:4 mins read
You are currently viewing Kompilasi Promosi Minuman untuk Menyegarkan Anda Sepanjang Ramadan Ini

Sepanjang bulan puasa ni, antara dugaan yang kita perlu hadapi adalah menahan haus dan dahaga. Malaysia pula negara yang panas jadi senang betul untuk rasa dahaga kan. Bila dah masuk jam 1 atau 2 petang tu mesti kita dah mula rasa dahaga dan waktu tu lah kita akan membuka telefon bimbit untuk cari minuman segar dan lazat. Lagi lagi kalau Khairul Aming post video minuman yang dia buat… fuh memang menguji kesabaran.

Kalau korang penggemar minuman yang beraneka, hari ni hari bertuah anda sebab Min nak kongsikan promosi minuman daripada pelbagai F&B sempena bulan Ramadan ini.

Promosi Minuman

1) Dunkin’ Donuts

Untuk Ramadan kali ini, Dunkin’ Donuts ada promosi istimewa untuk iftar. Dengan hanya RM 5, korang boleh dapat 1 ais kurma susu dan 1 donut klasik. Murah! Promosi ini berlangsung dari 23 Mac hingga 21 April pada jam 4 pm – 8 pm sahaja tahu jadi jangan ketinggalan!

2) Juice Works

Sumber: Juice Works Malaysia / FB

Wah, sebut je pasal Juice Works terus rasa dahaga lagi lagi time bulan puasa ni. Ha, kalau korang nak berbuka dengan Juice Works, jangan lupa cuba Ramadan Blend mereka. Gabungan tembikai, beri campur, jus epal, dan yogurt beri campur rendah lemak ni confirm buat korang rasa fresh je lepas minum. Oh also, sempena Ramadan ni, korang boleh dapatkan minuman ini dengan hanya RM 10 pada hari Isnin hingga Jumaat (5 pm – 8 pm)

3) Don Coffee

Segarkan Ramadan anda dengan tawaran istimewa daripada Don Coffee! Beli 2 minuman dan dapatkan 1 minuman siri Refresher secara pecuma. Promosi ini boleh digunakan di semua cawangan Don Coffee dari 23 Mac – 21 April pada jam 6 pm hingga 10 pm.

4) Boost Juice

Sumber: @myboostjuice / IG

Kalau dapat Boost Juice untuk iftar memang menyegarkan ni! Mereka pulak tengah buat promosi beli 2 daripada pilihan perisa di bawah dengan hanya RM 21. Memang berbaloi.

Watermelon Lychee Berries: Strawberi, raspberi, laici, tembikai segar, jus epal, sorbet & ais

Straw-nana Watermelon: Strawberi, pisang, tembikai segar, jus epal, sorbet & ais

Watermelon Passion Mango: Mangga, markisa, tembikai segar, nektar mangga, sorbet & ais

Ok sekarang Min pun dah tahu nak minum apa untuk berbuka besok. Oh by the way korang peminat kopi tak? Kalau korang peminat kopi, boleh baca artikel ini untuk tahu kedai kopi yang buka hingga lewat malam untuk moreh.

Artikel ini ditulis oleh Nuha Azaha.