Senarai Kedai Kopi yang Buka Hingga Lewat Malam Untuk Moreh

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden
  • Reading time:9 mins read
You are currently viewing Senarai Kedai Kopi yang Buka Hingga Lewat Malam Untuk Moreh

Salam Ramadan semua! Sedar tak sedar dah hampir seminggu kita semua berpuasa kan? Bagaimana puasa kita semua kali ini? Semoga baik baik saja ya. Kalau untuk Min personally, setiap kali bulan Ramadan, benda yang susah untuk Min sepanjang bulan Ramadan ni adalah tidak minum kopi di pagi hari. Coffee withdrawal lah katakan. Kadang sampai sakit kepala tau. Jadi, lepas buka puasa memang kena cari kopi lah!

Kalau korang pun sama macam Min, jangan risau. Sempena bulan puasa ni, banyak kedai kopi sekitar KL memanjangkan waktu operasi mereka supaya korang boleh pergi moreh di kedai kopi yang tersenarai selepas solat terawih bersama kawan kawan atau keluarga.

Kedai Kopi untuk Moreh

1) Mekanisme, Damansara Damai

Sumber: @_____mekanisme / IG

Mekanisme, sebuah kedai kopi di Damansara Damai ini merupakan tempat terbaik untuk anda meluangkan masa bersama keluarga dan rakan rakan lepas iftar ataupun lepas terawih sebab sepanjang bulan Ramadan ini, mereka akan buka setiap hari (kecuali Rabu) dari pukul 8 pm hingga 1 am. Kenapa min cakap kedai kopi ni tersembunyi? Sebab ia terletak di dalam pet store tau. Unik kan?

Sumber: @_____mekanisme / IG

Lokasi

📍Mekanisme

Catwhat Nation P1-1-11, Jalan PJU 10/1A, The Zizz @ Damansara North, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia (atas Da Ma Cai)

🗺Google Map: https://goo.gl/maps/CJZKPEbvDY2EzJBs8
📞 60 10-836 7806
📱Instagram: @_____mekanisme

2) Whatever Works Coffee, Jalan Datuk Keramat

Sumber: @wwcoffee.co / IG

Whatever Works Coffee, kedai kopi yang menurut min sangatlah cantik disebakan interior mereka yang mempunyai vibe kampung dan antik ini pun membuka kedai kopi mereka sehingga lewat malam sepanjang bulan Ramadan ini. Korang boleh ke kedai kopi ini dari jam 5:30 pm hinggalah 2 am. Dan yang paling best, kalau korang beli kopi antara jam 6:30 pm hingga 7:30 pm boleh dapat diskaun sebanyak 10% tau!

Sumber: @wwcoffee.co / IG

Lokasi

📍Whatever Works Coffee

28, Jalan Datuk Keramat, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

🗺 Google Maps: https://goo.gl/maps/kqiSqNjkCva1CX4A7

📞 +60 12-253 0132
📱Instagram: @wwcoffee.co

3) Oh Apong, KLIA

Oh Apong, kedai kopi yang terkenal dengan interior mereka yang aesthetic, berserta kopi gula apong dan ais krim yang lazat turut serta dalam menyediakan kopi hingga lewat malam sempena bulan puasa ni. Kalau korang nak tahu, kedai kopi Oh Apong yang asalnya ada di Kota Damansara kini telah membuka cawangan di KLIA jugak tau. Jadi untuk yang ada penerbangan tengah malam untuk balik ke kampung tu ke kan boleh la datang ke sini dan nikmati kopi mereka dari 9 pm – 1 am. Oh mereka juga ada promosi 30% untuk ais krim gula apong kalau korang beli nasi lemak mereka.

Lokasi

📍Oh Apong

KLIA2 International Arrival Hall, Jln Klia 2/1, Kuala Lumpur International Airport, 64000 Sepang, Selangor, Malaysia

🗺 https://goo.gl/maps/8eXYTr3DNhaEijL6A

📱Instagram: @ohapong

4) CXBS Coffee, Setia Alam

Untuk warga Setia Alam yang tengah craving kopi dan light snack tengah malam, sila hadirkan diri anda ke CSBX Coffee, Setia Alam. Mereka mempunyai pelbagai jenis menu dari matcha, kopi hinggalah croffle. Yang paling best, korang boleh nikmati moreh ni di kawasan luar kafe mereka . Fuh, memang healing. Kedai kopi ini beroperasi dari jam 8:30 pm – 1 am sepanjang bulan Ramadan.

Lokasi

📍CXBS Coffee, Setia Alam

No 72, Jln Setia Perdana BB U13/BB, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor, Malaysia

🗺 Google Maps: https://goo.gl/maps/pTBy2xEkL1YZTqrR9
📞+60 11-1111 8266
📱Instagram: @cxbs.coffee

5) Plump Cafe, Bangsar

Sumber: @plum.kl / IG

Kalau masih tak tahu nak moreh kat mana, meh Min ada satu lagi rekomendasi untuk korang. Plump Cafe yang terletak di Bangsar ini merupakan kedai kopi penuh elegan yang menghidangkan kopi dan makanan ringan. Sempena Ramadan kali ini, mereka juga ada pencuci mulut yang istimewa iaitu baklava yang diinspirasikan dari Turki. Wah kena cuba ni! Oh mereka tutup setiap hari kecuali hari Selesa dari pukul 8 am hinggalah 11 pm. Sempat lagi ni kalau nak pergi hehe.

Lokasi

📍Plump by @taobakescakes

First Floor, above Opus Bistro Bukit Bandaraya, 67-1, Jalan Bangkung, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia


🗺 Google Map: https://goo.gl/maps/g4zmuMkv5zSWfU8n7
📞+60 12-669 7890
📱Instagram: @plump.kl

Artikel ini ditulis oleh Nuha Azaha.