Rasai Keunikan Hidangan Timur Tengah di Halab KL

You are currently viewing Rasai Keunikan Hidangan Timur Tengah di Halab KL

Korang pernah cuba tak makanan orang Timur Tengah? Contoh yang terdekat mesti lah shawarma, kebab, spaghetti, nasi arab dan sebagainya. Mesti pernah kan? Haaaa hari ni min nak share satu restoran yang memang famous dengan hidangan dari Timur Tengah ini.

Nama restoran tersebut adalah Halab. Halab mempunyai tiga cawangan iaitu dua cawangan di Kuala Lumpur dan satu lagi di Georgetown, Penang. Tapi hari ni min nak fokuskan cawangan di Kuala Lumpur sahaja. Waktu operasi diorang bermula jam 10 pagi hingga 2 pagi dan dibuka setiap hari.

Halab Menu
Halab, kaya dengan masakan sebenar dari Timur Tengah

Apa yang bestnya Halab ini adalah diorang memang menyediakan 100% makanan dari Timur Tengah tau, korang dah tak perlu berjalan jauh dah nak cari makanan yang best, Halab pun dah macam macam ada. Btw kalau korang nak tahu asal usul shawarma dan dari mana sebenarnya shawarma ini, korang boleh baca artikel min sebelum ni ada ceritakan tentang shawarma. Boleh baca di sini ya https://purpledurian.my/makan/moden/fast-food-ala-timur-tengah-kenali-shawarma-dengan-lebih-dekat/

Menu

1. Chicken Mandi (RM30)

Chicken Mandi
Chicken Mandi

Chicken Mandi ni senang cerita nasi arab dengan ayam dan di served dengan tomato-chili sos.

2. Shawarma Platter (RM28)

Shawarma Platter
Shawarma Platter

Shawarma Platter dihidangkan bersama french fries serta garlic sauce.

3. Vegan Spaghetti (RM25)

Vegan Spaghetti
Vegan Spaghetti

Vegan spaghetti dihidangakan bersama sos tomato.

4. Fuchini Crepe (RM28)

Fuchini Crepe
Fuchini Crepe

Fuchini crepe adalah aiskrim yang dihidangkan bersama pisang, nutella dan aiskrim coklat.

Review

Bagi min untuk harga memang berbaloi lah dengan apa yang diorang sediakan. Interior restoran diorang pun menenangkan, rata rata min baca review orang ramai pun semua recommendkan Halab ni kalau nak cuba makanan dari Timur Tengah sana. Yang mana nak singgah dari Kuala Lumpur atau Penang, min sertakan location kat bawah ya. Btw kalau korang yang berada di Bukit Bintang nak cuba satu tempat yang menyediakan mee tarik paling best, korang boleh try Lan Zhou Mee Tarik di Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang Kuala Lumpur. Korang boleh baca review min di sini sekali https://purpledurian.my/makan/viral/mee-tarik-viral-pasar-seni-dah-ada-cawangan-baru/

Location

📍Halab KL

35, Jalan Berangan, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/XWgWAC26agepVsEg8

📞Phone: 03 2110 4146

📲Website: https://halab.my/

📲Instagram: https://www.instagram.com/halabkl/?hl=en

📲Facebook: https://www.facebook.com/HalabKLI/