Fast Food Ala Timur Tengah, Kenali Shawarma Dengan Lebih Dekat

You are currently viewing Fast Food Ala Timur Tengah, Kenali Shawarma Dengan Lebih Dekat

Shawarma ini telah dikenali sejak beberapa abad yang lalu. Dulunya terkenal dengan nama doner kebab. Shawarma mula dimasak di negara-negara Timur Tengah contohnya, Arab, Turki, Mesir, Jordan, Iraq dan sebagainya.

Close up shawarma
Shawarma yang kaya dengan daging yang juicy. Sumber: damascusbbqkl/Instagram

Cara Penyediaan

Ia hanya memerlukan bahan-bahan yang simple seperti daging, roti pita, sayur-sayuran, perasa dan sos. Cara penyediannya pula seperti mana yang kita lihat di kedai atau restoran, daging- daging yang digunakan dalam shawarma seperti daging lembu, daging ayam dan daging kambing, diletakkan pada pencucuk menegak dan dibakar selama berjam-jam sehari.

Kemudian daging tersebut akan dipotong sedikit demi sedikit daripada blok daging untuk hidangan. Baki daging yang digantung pula dibiarkan sambil dipanaskan pada pencucuknya. Shawarma boleh dihidangkan sama ada di atas pinggan atau dibalut seperti sandwish.

Daging yang digunakan dalam shawarma
Daging yang digunakan dibiarkan sambil dibakar berjam-jam. Sumber: Syed Hussaini/ Unsplash

Asal Usul

Masih kurang jelas sebenarnya dari mana asal usul shawarma ini tetapi hidangannya banyak ditemui di bahagian Timur Tengah dahulu. Di Yunani, hidangan mirip shawarma dipanggil sebagai Gyro. Di Turki pula, hidangan ini disebut kebab. Walaupun begitu, luarannya tetap nampak sama, daging yang juicy, dicampur pula dengan sos dan sayuran kemudian dihidangkan dalam roti pita.

Pelbagai pilihan shawarma
Banyak pilihan shawarma yang boleh dinikmati. Sumber: damascusbbqkl/Instagram

Khasiat Shawarma

Shawarma juga sesuai dimakan bagi mereka yang sedang memantau berat badan. Tetapi perlu menambah jumlah sayur-sayuran segar, herba, sedikit keju dan gantikan mayonis dengan yogurt rendah lemak.

Ada yang mengatakan bahawa shawarma ayam mengandungi 83% protein dengan hanya 475 kcal kalori dan 35-gram protein, menjadikan shawarma sebuah hidangan yang paling sihat dari semua hidangan.

Shawarma yang dibakar panas serta banyak khasiat
Makanan ringan yang banyak khasiatnya. Sumber: Slashio Photgraphy/Unsplash

Tahukah Anda?

Tahukah anda, ada satu scene dalam Marvel; The Avengers (2012), geng-geng Avengers ni duduk ramai ramai sambil makan shawarma. Selepas scene tersebut, penjualan shawarma ketika itu menjadi semakin laris di setiap kedai seluruh dunia.

Scene dalam siri The Avengers menikmati shawarma
Salah satu scene dalam siri The Avengers dimana mereka menikmati shawarma beramai-ramai. Sumber: Google

Nak cari shawarma sekarang pun dah tak susah dah. Area ibu kota Kuala Lumpur je pun dah macam cendawan tumbuh ketika hujan. Sedap tak sedap je kan? Apa-apa pun pastikan anda sentiasa makan makanan yang seimbang dan amalkan gaya hidup yang sihat!

Comments