Nikmati Kepelbagaian Rasa di The Table & Co

You are currently viewing Nikmati Kepelbagaian Rasa di The Table & Co

Orang Penang mana? Meh kumpul sat min nak share satu restoran paling padu yang hampa pernah jumpa. Orang kata all in lah semua ada dalam satu menu. Nama restoran tersebut adalah The Table & Co.

The Table & Co terletak di George Town, Pulau Pinang. Dibuka setiap hari dari jam 12 tengahari hingga 11 malam. Apa yang bestnya The Table & Co ini adalah diorang memang sediakan pelbagai menu dari garlic fried rice, spaghetti, burnt cheesecake, croffle dengan ais krim, lamb chop, burger dan juga kopi. Memang rambang mata lah bila tengok menu.

Cawangan The Table & Co di George Town, Pulau Pinang
Cawangan The Table & Co di George Town, Pulau Pinang. Sumber: The Table Penang/ Facebook

Btw jangan lupa untuk tengok atau singgah sekali ke BKE Station yang terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Boleh baca review min di sini ya https://purpledurian.my/makan/bke-corner-tempat-makan-wajib-singgah-di-pulau-pinang/

ini adalah antara menu yang wajib korang cuba di The Table & Co ini.

Menu

1. Spaghetti Buttermilk Chicken Popcorn (RM18.50)

Spaghetti Buttermilk Chicken Popcorn
Spaghetti Buttermilk Chicken Popcorn

Korang pernah cuba tak makan spaghetti dengan buttermilk chicken? Belum? Haaa ni lah peluang korang nak try spaghetti dengan buttermilk chicken versi The Table & Co.

2. Burger Blackpepper Madness (RM16.50)

Burger Blackpepper Madness
Burger Blackpepper Madness

Kat sini bukan nasi atau spaghetti je ada, burger pun ada tau. Haaa ini dia Burger Blackpepper Madness Beef, dihidangkan dengan beef patty seberat 170 gram, bersama fries dan salad.

3. Grilled Lamb Shoulder (RM26)

Grilled Lamb Shoulder
Grilled Lamb Shoulder

Ini pula lamb shoulder, memang puas hati lah sebab banyak lemak dan lamb shoulder tu pun lembut dan juicy dagingnya.

4. The Table All In (RM36)

The Table All In
The Table All In

Ini pula salah satu set dalam menu The Table & Co ini. Set ini datang dengan chicken chop, lamb shoulder, meatballs, mix salad, mashed potato dan spaghetti aglio olio vegie.

Review

Bagi min harga dia memang sangat berbaloi dengan apa yang korang dapat masa order. Portion banyak, tak kedekut lah orang kata. Time puasa pun korang boleh bawa family atau kawan korang makan di The Table & Co ni sebab diorang akan sediakan juadah khas ketika menyambut bulan Ramdhan dan sebagainya. Btw korang juga boleh check out satu cafe aiskrim di George Town juga yang bernama Ludwig Softserve, aiskrim dari Australia tau haa. Boleh baca review min sekali kat sini okayy https://purpledurian.my/food-review/ludwig-softserve-ais-krim-dari-australia/

Location

📍The Table & Co

27, Lebuh Carnarvon, 10200 George Town, Pulau Pinang

🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/j7wJYiUWsrrGDozU8

📲Website: https://the-table-penang.business.site/

📲Instagram: https://www.instagram.com/thetablepenang/?hl=en

📲Facebook: https://www.facebook.com/thetablepenang/

📲Tiktok: https://www.tiktok.com/@thetablepenang

Comments