BKE Corner, Tempat Makan Wajib Singgah di Pulau Pinang!

You are currently viewing BKE Corner, Tempat Makan Wajib Singgah di Pulau Pinang!

Ada yang tak puas lagi min review restoran – restoran best yang ada kat Pulau Pinang ni? Jom min kasi lagi nak share kat korang satu lagi restoran iaitu BKE Kitchen atau BKE Station yang menyediakan ikan bakar, shell out, tom yam, western dan banyak lagi.

Cawangan BKE Station
Salah satu cawangan BKE Station yang berada di Pulau Pinang. Sumber: BKE Corner/ Facebook

BKE Station mempunyai empat cawangan di Pulau Pinang iaitu di Kubang Semang, Bertam, Batu Maung dan Sungai Dua. Dibuka setiap hari dari jam 4.30 petang hingga 12 pagi tau. Memang best lah kat sini sebab boleh katakan semua ada, tak payah pening pening nak pergi kedai lain dah. Kalau korang ada juga nak cuba western food atau lebih spesifik, kambing perap paling sedap, min recommend boleh cuba Pak Mat Western yang berada di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Boleh baca dulu perkongsian min di sini ya https://purpledurian.my/makan/moden/citarasa-hotel-harga-warong-harga-sajian-di-pak-mat-western-tak-masuk-akal/

 Jom tengok menu apa yang BKE Station ni sediakan.

Menu

1. BKE Talam Special (RM85.90)

Set Talam Special
Set Talam Special sesuai untuk 3-4 orang makan

Set Talam Special ini sangat sesuai untuk dimakan 3 hingga 4 orang sebab portionnya memang banyak. Dalam satu talam tu ada mix salad, jagung, spaghetti, chicken grill, cheezy meatball, cheezy sausage, chicken chop, cheezy fries, lamb grill serta sos black pepper. Banyak kan? Sorang pun tak habis.

2. Burger Komtar (RM35.90)

Burger Komtar
Tower Burger atau Burger Komtar

Burger Komtar ni pula ibarat burger tower lah, tinggi, besar, tak kedekut cheese, daging pun banyak, senang cerita makan sorang pun susah nak habis lah.

3. Teh Ais Madu (RM8.90)

Teh Ais Madu
Teh Ais Madu yang semestinya memikat selera korang

Ini lah dia teh ais madu kegemaran ramai. Dengan cawan besar serta rasa teh ais yang memang kaw dan manis madu secukup rasa.

Review

Bila min tengok BKE Station punya menu book di Facebook, min rasa macam nak ke Pulau Pinang terus semata mata nak makan kat sana sebab banyak betul menu menarik diorang ni. Harga pun sangat berbaloi dengan portion yang diorang bagi, tambah pula memang semuanya secukup rasa dari western food sampai lah shell out. Btw kalau korang nak try pencuci mulut yang ada dalam Pulau Pinang juga, korang boleh try Mozzy Stick Corndog yang mempunyai aneka perisa yang korang tak pernah try lagi. Boleh baca review min di sini ya https://purpledurian.my/makan/moden/mozzy-stick-corndog-beri-kelainan-buat-penggemar-corndog/

Location

📍BKE Station

Lot 1261, Kampung Kubang Semang, 14400 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/viNsqF11D1XHrhZq5

📞Phone: 012 495 7326

📲Instagram: https://www.instagram.com/bke_corner/?hl=en

📲Facebook: https://www.facebook.com/BKECORNER/

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@bke_corner