Citarasa Hotel, Harga Warong – Harga Sajian di Pak Mat Western Tak Masuk Akal!

You are currently viewing Citarasa Hotel, Harga Warong – Harga Sajian di Pak Mat Western Tak Masuk Akal!

Mana yang suka makan makanan western macam chicken chop, lamb chop semua tu mesti kenal kedai western paling famous ni iaitu Pak Mat Western. Yang belum kenal tu masih belum layak dipanggil hantu western lah hahahaa tak ada lah min gurau je. Jom min review sikit apa yang bestnya Pak Mat Western ni.

Pak Mat Western di Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Pak Mat Western yang terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Sumber: Pak Mat Western/ Facebook

Lokasi utama Pak Mat Western ini bertapak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beroperasi setiap hari bermula seawal jam 7 pagi hingga 12 malam. Selain dari sajian western di restoran, Pak Mat Western juga ada menggeluarkan makanan sejuk beku yang sedia dimasak berjenama sendiri seperti kambing perap, lembu perap dan ayam perap.

Makanan Sejuk Beku Pak Mat Western
Tiga jenis makanan sejuk beku di bawah jenama Pak Mat Western sendiri iaitu ayam perap, kambing perap dan lembu perap. Sumber: Pak Mat Western/ Facebook

Kalau dah nama Pak Mat Western, mesti lah menjadi kepakaran mereka untuk sajian makanan western betul tak? Antara menu dan harga yang ditawarkan di Pak Mat Western adalah;

Menu

1. Mix Platter (RM23.90)

Mixed Platter
Set Mix Platter. Sumber: Pak Mat Western/ Facebook

Set mix platter ini sesuai untuk mana yang betul betul lapar kerana sajian ini menggabungkan lamb grill, chicken grill, sosej, meatball, coleslaw dan mashed potato.

2. Nasi Goreng Chicken Grill (RM10.90)

Nasi Goreng Chicken Grill
Nasi Goreng Chicken Grill. Sumber: Pak Mat Western/ Facebook

Disajikan dengan nasi goreng dimasak secukup rasa dan chicken grill yang juicy beserta sos black pepper.

3. Lamb Chop Cheese with Garlic Bread (RM20.90)

Lamb Chop Cheese With Garlic Bread
Lamb Chop Cheese with Garlic Bread. Sumber: Pak Mat Western/Facebook

Review

Kalau nak borak pasal harga, memang tak dinafikan sangat murah kalau nak dibandingkan dengan kedai western lain. Portion pula sangat banyak dan besar lagi lagi kalau korang order set platter mereka. Tak cukup mulut kata orang. Specialnya juga mereka ada menyediakan kambing, lembu dan ayam perap sejuk beku bagi mereka yang ingin masak sendiri di rumah. Jom ramai ramai singgah ke Pak Mat Western di Pulau Pinang atau cari mana mana ejen untuk dapatkan makanan perap mereka!

📍 Location

Pak Mat Western Cafe,

No. 6, Jalan Industri Tangkas 2,

Taman Industri Tangkas Kampung Sekolah, Juru,

14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Phone: 011 3615 2643

Website: https://www.pakmatwestern.com/

Facebook: https://www.facebook.com/pakmatwestern

Instagram: https://www.instagram.com/pakmatwesterncafe/?hl=en

TikTok: https://www.tiktok.com/@pakmatwestern

Comments