Cheesecake On A Stick, Cheesepeep Beri Kelainan Kepada Penggemar Cheesecake

You are currently viewing Cheesecake On A Stick, Cheesepeep Beri Kelainan Kepada Penggemar Cheesecake

Lepas makan tengahari atau makan malam tak tahu nak makan dessert apa? Tak jumpa mana tempat best nak cuci mulut? Haa korang patut datang ke Cheesepeep, gerai tepi jalan yang menyediakan cheesecake dengan aneka perisa dan topping. Apa yang menariknya dengan cheesecake kat sini adalah mereka sediakan cheesecake dengan stick untuk senangkan korang nak makan sambil jalan.

Cheesepeep di KLTS Setapak
Gerai Cheesepeep berhadapan dengan Mr. DIY di KL Traders Square, Setapak. Sumber: cheesepeep_/Instagram

Cheesepeep hanya mempunyai dua gerai sahaja iaitu di Setapak, berhadapan dengan Mr. DIY KL Traders Square (KLTS) dan KL Night Street di Sri Rampai. Mereka akan buka setiap hari Selasa hingga Ahad dan tutup pada hari Isnin. Masa berniaga bagi kedua-dua gerai adalah berbeza. Untuk di Setapak, mereka buka pada jam 2.30 petang hingga 6 petang, manakala di Sri Rampai, mereka buka pada jam 7 petang hingga 11 malam.

Cheespeep di KLNS Sri Rampai
Gerai Cheesepeep di KL Night Street, Sri Rampai. Sumber: cheesepeep_/Instagram

Menu

Semua cheesecake di Cheesepeep ini berharga RM12 untuk satu stick dan mereka hanya menyediakan lima jenis topping iaitu:

1. Nutberry Peeps

Bagi yang suka campur coklat dan buah, min suggest ambil yang ini sebab cheesecake ini disalutkan dengan strawberry, milk chocolate, kacang dan caramel drizzle.

Nutberry Peeps
Gabungan coklat, kacang dan strawberry untuk Nutberry Peeps. Sumber: cheesepeep_/Instagram

2. Biscoff Peeps

Untuk penggemar lotus biscoff pula, korang boleh ambil yang ni sebab topping dia adalah lotus biscoff spread, biskut lotus biscoff & biscoff crumb.

Biscoff Peeps
Penuh rasa biscoff untuk Biscoff Peeps ini. Sumber: cheesepeep_/Instagram

3. Oreo Peeps

Oreo peeps pula mereka salutkan dengan white chocolate, oreo, oreo crumbs dan nutella drizzle.

Oreo Peeps
Oreo Peeps bagi penggemar tegar biskut oreo. Sumber: cheesepeep_/Instagram

4. KitKat Peeps

Pencinta kitkat boleh cuba kitkat peeps ini dimana cheesecake ini disalutkan dengan milk chocolate, cookie crumb, kitkat dan nutella drizzle.

KitKat Peeps
Coklatnya memang tak kedekut. Sumber: cheesepeep_/Instagram

5. Dinomag Peeps

Topping ini special sikit sebab ia hanya dijual di cawangan KLTS sahaja iaitu Dinomag Peeps, cheesecake yang disaluti dengan milo nuggets, serbuk milo, dark chocolate dengan almond silvered dan white choco drizzle.

Dinomag Peeps
Gabungan coklat dengan milo, siapa je tak suka. Sumber: cheesepeep_/Instagram

Review

Min baca review pun dah meleleh air liur sebab semua cakap sedap dan manis topping dia tu cun cun je dengan cheesecake. Harga pun semua sama dan sangat berbaloi sebab cheesecake dia boleh tahan besar serta topping yang memang tak kedekut lah orang kata. Korang yang ada di Setapak atau Sri Rampai nanti jangan lupa singgah jap di gerai Cheesepeep untuk dapatkan cheesecake kegemaran anda disana!

📍 Location

1.       Cheesepeep,

Hadapan Mr. DIYiy, Kuala Lumpur Traders Square,

53000 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

2.       Cheesepeep,

Kuala Lumpur Night Street,

Jalan Rampai Niaga 5,

Rampai Business Park,

53300 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Phone: 013 222 0025

Instagram: https://instagram.com/cheesepeep_?igshid=ZjA0NjI3M2I=

TikTok: https://www.tiktok.com/@cheesepeep_?_t=8WbFkcUmCTi&_r=1

Website: https://beacons.ai/cheesepeep