‘Natto’: Makanan Sihat Tradisional Jepun

You are currently viewing ‘Natto’: Makanan Sihat Tradisional Jepun

Kacang natto Jepun ni dapat banyak perhatian di platform social media dalam beberapa tahun kebelakangan ini sebagai daya tarikan makanan sihat dari Jepun. Jika di Korea ada Kimchi, di Jepun pula ada Natto. Sebelum korang tertanya-tanya apa itu Natto, meh sini Min ceritakan.

Kacang Natto nampak pelik tapi kaya khasiat. Sumber: fooddiversity.com

Apa itu Natto?

Natto ialah makanan sihat iaitu kacang soya yang diperam. Natto dihasilkan melalui proses pemeraman kacang soya sehingga terhasilnya sejenis bakteria yang dikenali sebagai Bacillus Subtilis dan bakteria ini ialah bakteria baik yang amat berguna untuk kesihatan usus tau. Makanan ni ada bau yang sangat kuat tau kerana ia diperam lama, rasanya juga mungkin kurang enak bagi yang tak biasa makan. Ramai je yang tak suka Natto ni sebab dia ada tekstur slimey atau berlendir dan melekit tu tambah pula dengan bau dia yang kurang best.

Diperam lama buatkan Natto ada rasa unik. Sumber: thejapantimes.com

Khasiat Natto

Masyarakat Jepun terkenal dengan makanan-makanan mereka yang sihat kan, kalau nak dibandingkan makanan di Jepun dengan negara Asia lain, memang Jepun paling sihat. Di sana mana ada banyak makanan yang berminyak dan berlemak, kebanyakkannya memang mereka memilih makanan yang member khasiat pada tubuh badan mereka. Makanan tradisional Jepun ini mempunyai nilai pemakanan yang tinggi, dikatakan dapat melindungi diri daripada strok dan serangan jantung. Selain itu, ia juga membantu dengan diet dan melegakan tekanan. Natto mengandungi kalsium dan vitamin K2 yang dapat menyumbang kepada tulang yang lebih kuat dan sihat.

Biasanya dimakan sebagai menu sarapan. Sumber: Japancentre.com

Selalunya, Natto akan dimakan bersama nasi putih untuk sarapan tau. Selain dari banyak khasiat ia juga sangat murah, dua sebab ni buatkan ramai orang Jepun betul-betul suka makan Natto. Orang Jepun cakap walaupun bau dia kuat, tapi sekali cuba mesti rasa teringin lagi. Haa, siapa berani cuba Natto?

Korang pun boleh baca artikel “Resepi Tteokbokki Ringkas! Rice Cake Buat From Scratch!”