Resepi Tteokbokki Ringkas! Rice Cake Buat From Scratch!

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi
  • Reading time:4 mins read
You are currently viewing Resepi Tteokbokki Ringkas! Rice Cake Buat From Scratch!

Makanan Korea bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah di seluruh South East Asia dan juga negara barat.

korean dishes

Makanan Korea yang terkenal adalah ramen (instant noodle), kimchi stew/fried rice, kimbap, jjajangmyeon, bibimbap, tteokbokki dan pelbagai lagi.

Korea juga terkena dengan fried chicken mereka yang rangup yang disaluti dengan sos dan diikuti dengan sesame seeds. 

korean fried chicken

Salah satu makanan korea yang mudah untuk dibuat selain ramen (instant noodle) adalah tteokbokki. 

Tteokbokki adalah rice cake yang direbus di dalam air panas hingga lembut dan kemudian barulah campurkan dengan sos.

Rice cake boleh didapati dimana-mana supermarket ataupun boleh buat sendiri.

Bahan-bahan untuk menghasilkan rice cake:

  • 1 cawan tepung beras pulut
  • 1/2 cawan air dan 1 sudu teh garam yang sudah dilarut

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan dan uli selama beberapa minit sehingga kental.
  2. Bahagi empat diatas permukaan yang ditabur tepung supaya tidak melekat.
  3. Kemudian, ambil satu dan uli menjadi panjang, bentuk tteokbokki.
  4. Potong uli yang panjang tersebut mengikut ukuran tteokbokki, tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek.
  5. Akhirnya barulah boleh direbus di dalam air yang mendidih hingga lembut, kemudian boleh angkat dan keringkan.
rice cakes

Bahan-bahan untuk menghasilkan sos tteokbokki:

  • 1 sudu besar Gochujang (korean chili paste) – option alternatif, sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 ulas bawang putih cincang halus
  • 1 sudu teh gula perang
  • 1/4 sudu teh minyak bijan
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali, kemudian masuk 1 sudu minyak masak dan tumis bawang putih hingga wangi. 
  2. Kemudian masukkan semua bahan lain.
  3. Dihidang gaul rice cake.
  4. Optional step, taburkan sesame seeds.
tteobokki with eggs

Resepi yang mudah, sesuai jika lapar tapi malas nak masak.

Lihat proses membuat tteokbokki di YouTube channel Gula Karamel!