Sejarah Warisan Nasi Dagang

You are currently viewing Sejarah Warisan Nasi Dagang

Makanan tradisi kegemaran rakyat Malaysia.

Nasi Dagang merupakan makanan tradisional yang sangat popular di Malaysia dan ia juga ialah simbol makanan tradisi Terengganu dan Kelantan sejak berkurun lagi. Masyarakat di Pantai Timur selalunya makan Nasi Dagang ni waktu breakfast sebagai pembuka selera. 

Makanan tradisional kegemaran ramai. Sumber: unileverfoodsolutions.com

Nasi Dagang yang sedap ni datang dengan nasi yang lembut dipadankan pula dengan kuah gulai Ikan Tongkol. Nasi Dagang biasanya dimasak beras merah atau kombinasi beras biasa dengan beras pulut bergantung negeri. Lauk Nasi Dagang juga ialah acar, telur rebus, ada juga yang makan dengan sambal, dan keropok. Ada yang pernah try makan dengan sambal? Memang Nasi Dagang ni ramai yang suka, tapi berapa ramai je yang tahu sejarah Nasi Dagang ni?

Banyak sangat teori berkaitan asal usul Nasi ni tau, jom kita tengok!

Asal usul Nasi Dagang

Mengikutcerita orang tua-tua dulu, Nasi Dagang ni dicipta dari orang Bugis yang datang ke Pantai Timur untuk berdagang. Dah memang adat orang Melayu kan sediakan beberapa jenis juadah bila tiba Aidil Fitri, jadi orang zaman dahulu kala akan memasak dan membawa juadah-juadah tersebut ke istana. Atas dasar rasa tanggungjawab, orang Bugis yang berada di kalangan melayu di Pantai Timur juga turut membantu menyediakan hidangan istimewa untuk dihantar ke istana. Dikabarkan, Sultan amat suka akan masakan orang Bugis lalu Sultan menamakannya Nasi Dagang sempena mereka yang datang berdagang (thevocket.com).

Pedagang Bugis. Sumber: kebudayaan.kemdikbud.go

Teori kedua ini pula pasal latarbelakang Nasi Dagang yang dikatakan dicipta oleh Puteri Saadong iaitu anak kepada Raja Loyor. Cerita ini bermula dengan Puteri Saadong yang dikatakan diculik oleh Raja Siam, kemudian Raja Siam menghidap penyakit yang misteri yang tak dapat diubat. Lalu, Puteri Saadong ni pula tawarkan pertolongan dengan syarat kalau Raja Siam sembuh, dia perlu dihantar balik ke Kelantan. Nak dijadikan cerita, menjadi lah ubatan Puteri Saadong dan dia dihantar pulang. Dalam perjalanan pulang ke Kelantan, bekalan makanan mereka habis dan hanya tinggal sedikit lebihan bahan yang ada seperti beras, santan dan sebagainya. Dengan hanya menggunakan bahan-bahan tersebut, Puteri Saadong menghasilkan masakan yang kini digelar Nasi Dagang. Menarikkan kisah ni, macam baca kisah dongeng pun ada (Bebasnews.my)

Nasi Dagang Terengganu. Sumber: themalayapost.com

Berbeza pula dengan kisah Nasi Dagang yang dari Terengganu ni. Cerita pasal Nasi Dagang di Terengganu ni dikaitkan dengan para nelayan sebab waktu itu kerja nelayan ni merupakan sumber pendapatan utama. Ringkas je ceritanya, komuniti nelayan pada waktu itu dibekalkan dengan Nasi Dagang sebagai bekalan makanan di lautan tu. Nasi yang dimasak dengan santan dan dimakan dengan kuah gulai ikan ni dimasak bertujuan untuk bagi tenaga untuk mereka survive bekerja di bawah terik matahari. Pernah terfikir tak mungkin sebab itu la lauk utama Nasi dagang ni ikan, ianya memang makanan dicipta untuk para nelayan. Logik tak?

Tiga cerita berbeza pasal Nasi Dagang ini dikatakan datang dari mulut orang-orang tua zaman dahulu kala yang diturunkan kepada setiap generasi. Jadi, hingga sekarang masih belum ada yang tahu ketepatan cerita-cerita pasal Nasi Dagang ni. 



Nasi Dagang Warisan Cik Lah, Marang, Terengganu.

Sikit info tambahan, kami ke Terengganu beberapa bulan lalu untuk mencuba Nasi Dagang asli dari warung tempatan kat situ. Kami singgah di Nasi Dagang Warisan Cik Lah, sebuah warung Nasi Dagang yang terkenal di kalangan penduduk setempat Terengganu tu. Cik Lah mengasaskan kedai itu yang kini telah diwarisi kepada anak cucunya. Menurut mereka, pelanggan dari seluruh Malaysia datang untuk mencuba Nasi Dagang asli daripada resipi asli Terengganu. Lepas cuba sendiri Nasi Dagang kat sini barulah kami faham kenapa ramai yang sanggup datang dari jauh, memang sedap sangat dan underrated sebenarnya!

Lokasi📍

Nasi Dagang Warisan Cik Lah.

Jln Marang – Wakaf Tapai, Kampung Gong Nangka, 21600 Marang, Terengganu