Mee Tarik Live Show Pembuka Selera!

  • Post author:
  • Post category:Makan
  • Reading time:2 mins read
You are currently viewing Mee Tarik Live Show Pembuka Selera!

Mesti dekat sini dah ramai kenal dengan restoran yang buat fresh handmade Ramen live depan kedai, Kungfu Ramen kan? Siapa yang tak pernah rasa Mee Tarik, Ramen dan Dumplings dekat sini memang rugi la! Memang syok tau makan dekat sini, yelah dapat tengok Chef tarik-tarik mee depan sambil nikmati dumplings yang juicy then pekena pulak dengan signature teh herba mereka memang padu!

Terkenal dengan Signature Dish mereka, Braised Beef Noodle. Min sendiri berkesempatan untuk merasainya sendiri. Teksture mee yang kenyal kerana diperbuat daripada tepung beras memang menarik dan buat rasa ketagih. Ini kerana mee tersebut dibuat segar oleh ketua Chef setiap kali pesanan diterima, jadi memang rasa fresh dan tak muak bila makan mee ramen dekat sini. Maklumlah, fresh ramen noodles kan jadi memang tiada bahan pengawet seperti kapur makan langsung time makan tu.

Selain daripada Braised Beef Noodle, Min dapat juga merasai Beef Dumplings mereka yang famous ni. Min suka sangat this dumplings walaupun Min pesan dry dumplings tetapi dumplings ni sangat juicy part inti dalam. Kulit dumplings yang nipis dan inti daging yang juicy serta padat, dicicah pula dengan homemade chili oil perghh memang terangkat rasa dia.

Mesti korang pun terliur lepas baca komen review Min kan? Jadi tunggu apa lagi? Cepat singgah ke outlet Kungfu Raman yang berdekatan dengan anda. Selamat mencuba!

Comments