Resepi Nasi Lemak Simple, Pasti Jadi!

You are currently viewing Resepi Nasi Lemak Simple, Pasti Jadi!

Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa. Bagi menambahkan lagi aromanya dalam masakan, daun pandan dimasukkan semasa ianya dimasak. Selain itu, daun pandan juga boleh diganti dengan bawang merah ataupun halia. Nasi ini pada mulanya dihidang untuk sarapan pagi, tetapi pada masa kini dijadikan sebagai hidangan tengah hari dan malam (Sidek, 2005).

Nasi lemak di Malaysia biasanya dihidang bersama sambal tumis, ikan bilis
goreng, kacang tanah goreng, timun dan telur rebus. Terdapat juga penjual yang menyajikannya bersama lauk-pauk lain seperti sambal sotong, sambal kerang, telur goreng, ayam goreng, rendang dan sebagainya. Jom kita semak resepi mudah yang min petik dari Che Nom kat bawah!

Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras
  • Santan, agak-agak
  • 3 biji bawang merah
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 inci halia, hiris nipis
  • 1 batang halia, ketuk
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  • 1. Basuh beras dan toskan.
  • 2. Panaskan minyak di atas dapur dan tumis bawang, halia, halba, serai dan daun pandan sehingga bawang lembut dan naik bau.
  • 3. Masukkan beras dan kacau seketika.
masuk beras
  • 4. Masukkan santan anggaran sehingga air satu ruas jari.
masuk santan
  • 5. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sedikit supaya garam larut sekata.
  • 6. Tutup penutup dan pindah ke periuk nasi elektrik. Jika tidak, anda boleh teruskan masak di atas api sehingga masak.
  • 7. Setelah nasi masak, bolehlah dihidang bersama hidangan sampingan lain seperti kacang tanah goreng, telur, sambal, ikan bilis goreng, atau ayam goreng.
nasi lemak

Selamat mencuba semua!

Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan.

Leave a Reply