Pastry & Cocoa Festival Kembali Lagi Tahun 2024 di MVEC KL!

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden / Viral
  • Reading time:6 mins read
You are currently viewing Pastry & Cocoa Festival Kembali Lagi Tahun 2024 di MVEC KL!

Siapa kat sini gemar makan dessert? Min tak sabar untuk berkongsi tentang sebuah expo yang diadakan khas untuk peminat dessert atau manisan – iaitu PASTRY & COCOA FESTIVAL yang dijalankan oleh Tastefully Food Expo dengan kerjasama Lembaga Koko Malaysia. Kalau korang masih ingat, festival ini sudah pernah diadakan pada tahun 2023 juga.

Dalam expo ini, korang akan menemui pelbagai acara menarik. Tetapi yang paling menarik pastinya adalah sesi PERCUBAAN PERCUMA! Di sini, korang boleh mencuba pelbagai hidangan manis dari coklat lembut hingga pastri yang sedap. Keindahan rasa dan kreativiti dalam setiap gigitan pasti akan memenuhi keinginan korang. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai kenikmatan di Pastry & Cocoa Festival! Baca untuk ketahui lebih lanjut.

Aktiviti-aktiviti menarik:

Jom tengok ada apa yang menarik di festival ini:

pastry & cocoa fest goodies bag
pastry & cocoa fest lucky draw
pastry & cocoa fest chocolate fountain

🛍 Goodies Bag Eksklusif
🎁 Cabutan Bertuah
⛲ Chocolate Fountain Dreamland

display art challenge
pastry & cocoa fest
pcf workshops

🍰 Cabaran Seni Pastri & Koko
🍫 Hidangan Manis Hanya Untuk Korang (GWP)
👨🏻‍🍳 Demonstrasi dan Bengkel
🥨 Sehingga 100+ gerai dengan sampel makanan PERCUMA!

Macaron, Vanilla dan Durian!

macarons

Terdapat beberapa jenama yang menarik perhatian seperti Doux Patisserie yang menjual pelbagai jenis macaron yang datang dalam bentuk kartun-kartun comel. Bukan setakat kanak-kanak gemar dengan kecomelan macaron ni, orang dewasa pun turut suka dengan kreativiti Doux Patisserie ni. Nanti korang boleh singgah di gerai 188 tau!

vanilla trading

Vanilla Trading juga bakal join festival ni juga tau! Di sini korang boleh terokai pelbagai jenis produk yang berasaskan vanilla seperti vanilla beans, paste vanilla, ekstrak dan serbuk vanilla. Untuk nikmati diskaun dan tawaran eksklusif sempena festival ini, korang boleh singgah di gerai 123B.

alfredo
malsa
radiant

Bagi penggemar durian, korang boleh juga datang ke festival ini dan kunjungi gerai-gerai yang menjual coklat berperisa durian seperti jenama Alfredo, Malsa dan juga Radiant.

Menarik kan? Banyak lagi gerai-gerai yang ada. Min bagi sneak peak sikit je ni. Di sana nanti ada lebih 100+ gerai jualan tau! Kalau korang nak tahu jenama-jenama yang terlibat, korang kena la singgah dulu.
Jom lah datang festival ini beramai-ramai! Bawa satu keluarga baru lah meriah.

Info berkenaan festival adalah seperti berikut:

🍩 Pastry & Cocoa Festival oleh Tastefully Food Expo
🗓 Tarikh : 26 – 28 April 2024
🕙 Masa : 10 pagi – 10 malam
📍Lokasi : Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur.
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/bEgppHPG3ZNv6T3q6
🎟️ MASUK ADALAH PERCUMA

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Facebook Pastry & Cocoa Festival dan Website Tastefully Expo.

Sumber info: Facebook Pastry & Cocoa Festival

Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor

Leave a Reply