Resepi Serunding Ikan Boleh Cuba di Rumah

You are currently viewing Resepi Serunding Ikan Boleh Cuba di Rumah

Dari semua jenis serunding, serunding yang manakah yang korang pilih? Min tak pasti korang suka yang mana, tapi Min pilih untuk kongsikan resepi serunding ikan. Senang je ni sebab korang boleh buat di rumah sahaja. Jom tengok senang tak cara membuat serunding ikan ni!

Bahan-bahan:

1kg ikan kembung (direbus)

Bahan kisar:

  • 4 batang serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 biji bawang besar
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 3 ulas bawang putih

Bahan memasak:

  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu kecil garam kasar
  • 4 sudu gula
  • 4 cawan santan
  • 1 cawan air rebusan ikan

Cara-cara:

ikan kembung
asing isi ikan rebus

1. Pertama sekali, rebuskan 1kg ikan kembung di atas dapur sehingga masak sepenuhnya.
2. Setelah siap direbus, keluarkan ikan daripada air rebusan dan tunggu sekejap kerana ikan itu masih panas. Apabila sudah tidak berasa panas, boleh mula asingkan isi ikan daripada tulangnya.

penyet isi ikan hingga halus
isi ikan halus

3. Di dalam pinggan yang sama, penyetkan isi ikan sehingga halus.

bahan kisar
bahan kisar

4. Untuk bahan kisar, sediakan pengisar dan masukkan 3 ulas bawang putih, 2 biji bawang besar, 1 inci kunyit hidup, 2 inci halia, 2 inci lengkuas, 4 batang serai dan juga sedikit air. Kisar sehingga halus.

bawang merah bawang putih
cili kisar

5. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan 3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih. Kacau sekejap.
6. Kemudian, masukkan 4 sudu besar cili kisar dan kacau rata.

bahan dikisar ke dalam kuali
pecah minyak

7. Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam kuali. Gaul sebati dan biarkan sehingga pecah minyak atau kering.

santan ke dalam kuali
isi ikan

8. Apabila tumisan sudah kering, masukkan 4 cawan santan. Kacau rata.
9. Selepas itu, letakkan 2 sudu kecil garam kasar, 4 sudu kecil gula dan terus masukkan isi ikan ke dalamnya. Boleh juga masukkan 1 cawan air rebusan ikan jika perlu.

kacau isi ikan
penyetkan serunding

10. Masak serunding sehingga kering. Kacau setiap masa supaya bahan-bahan tidak melekat di kuali. Pastikan kacau dan masak sehingga betul-betul kering
11. Apabila sudah kering, penyet-penyetkan serunding supaya tidak berketul.

serunding ikan

12. Serunding telah pun kering dan siap dimasak.

Untuk melihat cara pembuatan serunding yang menggunakan daging, boleh klik resepi ini.

Sumber resepi: YouTube Tebuan Channel

Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor

Leave a Reply