Puaskan Selera Anda Dengan Kelazatan Ramyun Mr. BIBIM Spicy Chicken oleh Nongshim

  • Post author:
  • Post category:News
  • Reading time:4 mins read
You are currently viewing Puaskan Selera Anda Dengan Kelazatan Ramyun Mr. BIBIM Spicy Chicken oleh Nongshim

Membawa makanan Korea yang lazat ke Malaysia, Nongshim baru sahaja memperkenalkan produk ramyun keluarannya, Mr. BIBIM Spicy Chicken yang boleh didapatkan di seluruh Malaysia. Barisan produk yang baru dilancarkan ini di rumus untuk merangsang deria rasa menerusi bahan-bahannya yang digabung bersama sehingga menzahirkan keenakan rasa seumpama ayam Yangnyeom.

Mr. BIBIM Spicy Chicken akan memberi pengalaman makanan yang menarik bagi rakyat Malaysia dengan sos pedas Korea yang sedap bersama dengan mi yang kenyal lagi tebal. Memandangkan sebahagian rakyat Malaysia juga gemar menikmati santapan yang kurang bersup/berair seperti char kuetiau , mi goreng dan ‘pan mee’ cili kering misalnya, maka Mr. BIBIM Spicy Chicken telah dilancarkan di pasaran ini untuk memenuhi citarasa mereka. ‘Bibim’ yang bermaksud ‘stir’ dalam bahasa Inggeris atau ‘kilas’ dalam bahasa Melayu, akan membawa rangkaian mi segara yang memenuhi selera rakyat Malaysia.

Mr. BIBIM Spicy Chicken Ramyun_Image 1

Menyedari permintaan yang tinggi terhadap ayam goreng Korea, Nongshim telah mengenal pasti Malaysia sebagai negara yang pertama di benua Asia Tenggara untuk melebarkan sayapnya, dan bagi memperkukuhkan lagi kedudukannya dalam industri mi segera. Mr. BIBIM Spicy Chicken julung kali diperkenalkan di Timur Tengah, namun setelah menyedari bahawa pengguna di serata dunia juga gemar menikmati makanan Korea, Nongshim yakin bahawa sebuah negara majmuk seperti Malaysia dengan selera makan yang pelbagai, akan menjadi pasaran yang seterusnya untuk jenama ini terokai.

“Pasaran ayam goreng Korea telah berkembang pesat, dan sejajar dengan permintaan yang tinggi ke atas makanan Korea, kami melihat pasaran ini mempunyai potensi untuk terus berkembang. Di Nongshim, kami giat menginovasi dengan matlamat untuk menyajikan makanan Korea yang paling lazat menerusi produk-produk mi segera kami. Kami yakin bahawa rakyat Malaysia akan berpuas hati dengan kualiti dan keenakan Mr. BIBIM Spicy Chicken dan kami teruja untuk melihat sambutan mereka,” ujar [Mohan Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd, wakil pengedar Nongshim Korea]

mr bibim
Source: KL Foodie Instagram

Mi segera dengan rasa gochujang merupakan pilihan yang ideal bagi mereka yang ingin menghilangkan lapar dengan segera atau untuk menikmatinya semasa menonton rancangan kegemaran mereka di Netflix. Pengguna juga boleh menggunakan sos Mr. BIBIM Spicy Chicken untuk mencecah ayam goreng! Biar di mana dan bila jua ia dinikmati, Mr. BIBIM Spicy Chicken adalah selamat untuk dimakan kerana ia juga diperakui halal. Malah, mi segera ini turut hadir dalam saiz hidangan yang besar dengan setiap pek yang mempunyai berat 148 gram (g).

mr bibim spicy chicken
Source: KL Foodie Instagram

Setiap bungkusan Mr. BIBIM Spicy Chicken yang berharga RM20.90 mengandungi empat pek. Warga Malaysia yang ingin merangsang deria rasa mereka boleh mendapatkan mi segera ini di hampir semua pasaraya yang terdapat di Malaysia seperti AEON, Econsave, Mydin, TF Value Mart, Jaya Grocer, Village Grocer, Checkers, Billion, Isetan dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mr. BIBIM Spicy Chicken dan cara untuk membelinya, sila layari https://nongshim.com.my/ atau ikuti laman sosial kami untuk perkembangan terkini di https://www.instagram.com/nongshim_malaysia/. Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Dapatkannya sekarang!