OG Street Kitchen – Nasi Lemak Dengan Lauk Extra!

You are currently viewing OG Street Kitchen – Nasi Lemak Dengan Lauk Extra!

Siapa je yang tak kenal dan tak suka nasi lemak kan? Sebut je nasi lemak, dalam kepala min mesti dah fikir nasi lemak, kacang goreng, ikan bilis dan telur rebus. Tambah lauk sikit boleh letak ayam goreng. Umphh dah lengkap satu hidangan. Tapi ada satu kedai yang menghidangkan nasi lemak dengan pelbagai lauk yang extra untuk disajikan kepada penggemar nasi lemak di luar sana.

OG Street Kitchen
Kedai yang ala-ala foodtruck. Sumber: ogstreetkitchen/Instagram

OG Street Kitchen, menampilkan juadah nasi lemak dengan pelbagai pilihan lauk yang menarik. Bertempat di The Port, Damansara dan dibuka setiap hari kecuali hari Rabu. Kedai diorang ni style ala-ala foodtruck, order dulu pastu cari tempat makan sendiri. Min sendiri dah pergi cuba makan kat OG Street Kitchen ni. Apa yang min boleh cakap, nasi lemak diorang memang padu habis!

Menu

Antara menu nasi lemak yang paling laris di OG Street Kitchen ni adalah:

1. Nasi Lemak Chicken Chop (RM15)

Nasi lemak dengan gabungan chicken chop yang dicincang. Menu yang wajib cuba kalau first time datang sini. Tambah pula dengan sambal nasi lemak diorang yang memang ngam dengan pedas dia. 

Nasi Lemak Ciken Chop
Sumber: ogstreetkitchen/Instagram

2. Nasi Lemak Baby Crab (RM13)

Ini pula nasi lemak berlaukkan anak anak ketam atau panggilan manjanya baby crab. Dihidangkan dengan beberapa ekor baby crab yang kulitnya memang sangat rangup dengan isinya yang lembut.

Nasi Lemak Baby Crab
Sumber: ogstreetkitchen/Instagram

3. Nasi Lemak Copong (RM17)

Haaa ni pula nasi lemak dengan lauk sotong. Saiz sotong yang sama besar dengan telapak tangan min ni, rangup dan juicy dia tak terkata. Orang kata memang tak sah lah kalau makan sekali je.

Nasi Lemak Copong
Sumber: ogstreetkitchen/Instagram

4. Nasi Lemak Ciken Skin (RM13)

Ni nasi lemak paling best sebab kulit ayam dia besar gedabak weh! Min order haritu boleh kata penuh la separuh pinggan min kulit ayam dia je. Buat yang suka ratah kulit ayam tu min recommend sangat untuk order menu ni sebab memang puas hati nak meratah sorang.

Nasi Lemak Ciken Skin
Sumber: ogstreetkitchen/Instagram

Review

Review orang ramai pasal menu di kedai ni pun mostly semua cakap sedap dan confirm repeat! Bagi min harga untuk makanan diorang hidangkan pun memang sangat berpatutan dengan portion diorang yang banyak. Apa tunggu lagi? Jangan lupa datang serbu OG Street Kitchen di The Port.my Damansara dan komen mana satu menu favourite korang di ruangan komen di bawah ya!

Nak tengok review lain, cuba try tengok video kakak ni!

📍 Location

OG Street Kitchen,

The Port.my,

Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama,

47800 Petaling Jaya, Selangor

Phone: 014 3070 970

Website: https://ogstreetkitchen.orderla.my/ogstreetkitchen 

Instagram: https://www.instagram.com/ogstreetkitchen/?hl=en