Minuman Diinspirasikan Oleh Album BTS?

You are currently viewing Minuman Diinspirasikan Oleh Album BTS?

Siapa kata peminat KPOP tak kreatif?

Kalau kumpulan-kumpulan KPOP semua kreatif, peminat mereka pun mestilah kreatif, betul tak?

via GIPHY

Setelah hampir sebulan sejak BTS Meal dilancarkan, pelbagai konten kreatif yang telah dimuat naik di social media oleh para peminat.

Baru-baru ini, BTS telah mengeluarkan Single Album sempena single baru mereka, ‘Butter’.

bts butter

Satu set album tersebut mempunya 2 versi iaitu Peaches yang berwarna jingga dan juga Cream yang berwarna kuning. 

Ramai peminat sudah mula membeli preorder Single Album tersebut secara online yang mungkin akan sampai di Malaysia dalam 2-4 minggu.

Jadi, sementara tengah menunggu tu, apa kata kita cuba buat minuman yang inspired by konsep album ni?

via GIPHY

Peaches & Cream BTS Inspired Drink

Bahan-bahan:

  • Peach dalam tin
  • Whipping cream
  • Pewarna kuning
  • Ais
  • Lemon zest – optional

Cara-cara:

  1. Ambil dua peach dalam tin dan potong kecil supaya senang untuk blend.
  2. Masukkan peach yang dipotong, 3 cawan ais, dan dalam setengah air peach dalam tin.
  3. Kemudian blend semua bahan tersebut.
  4. Untuk hasilkan layer atas, gunakan whipping cream dan kacau menggunakan mixer hingga menghasilkan konsistensi yang padat.
  5. Kemudian tambahkan pewarna kuning.
  6. Tuangkan air peach yang telah di blend ke dalam gelas, kemudian letakkan whipping cream tersebut diatas.
  7. Sebagai final touch, tambahkan lemon zest sedikit.
bts inspired drink

Kombinasi warna oren dan kuning memang cantik dan unik!

Lihat video ringkas cara-cara membuat minuman ini di Facebook Purple Durian!

Comments