Laung ”Saya Anak Malaysia” dapat Nasi Lemak McD percuma!

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden / Viral
  • Reading time:1 mins read
You are currently viewing Laung ”Saya Anak Malaysia” dapat Nasi Lemak McD percuma!

Bermula 25 Ogos sehingga 28 Ogos McDonalds akan memberi Nasi Lemak McD percuma kepada pemilik kenderaan berwarna kuning, merah, biru dan putih. Pandu lalu ke cawangan Mcdonalds berdekatan dan laungkan “Saya Anak Malaysia” sahaja untuk dapatkan baucar Nasi Lemak! Jangan ketinggalan tau!

Baucar Nasi Lemak percuma.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan pada tarikh 31 ogos setiap tahun, Mcdonalds mengambil peluang untuk menyediakan promosi atau kempen makanan percuma! Tahun ini McDonalds kembali lagi dengan kempen yang sangat menarik! Ini adalah salah satu cara McDonalds untuk berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa jadikan McDonalds sebagai pilihan utama makanan segera sekaligus menyambut kemerdekaan. Pemilik kereta berwarna bendera Malaysia mesti sangat teruja untuk pandu lalu ke McDonalds kan? 

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan baucar Nasi Lemak McD dan air Milo (S) dengan percuma pada 31 Ogos. Free macam tu je ke? Mestilah tak, korang kena jerit “Merdeka” x3 baru boleh redeem baucar ini tau! Bila lagi nak dapat McD free kan, Jom ramai-ramai singgah ke McD terdekat! 

Logo Kemerdekaan 2022.
Comments