Jom Buat Kimbap cara Dong Geu Rami dari Extraordinary Attorney Woo!

You are currently viewing Jom Buat Kimbap cara Dong Geu Rami dari Extraordinary Attorney Woo!

Drama korea terbaru, Extraordinary Attorney Woo, telah berjaya mencuri hati ramai penggemar drama dari seluruh dunia. Drama ini tersenarai sebagai No. 1 di Netflix’s most watched selama beberapa minggu berturut-turut. 

Peguam Woo kegemaran ramai. Sumber: google

Extraordinary Attorney Woo ini berkisar tentang seorang peguam genius yang menghidap Autisme menempuh setiap kes dengan tekad dan membawa perspektif baharu ke dalam kehidupan sehariannya. Ramai yang suka dengan gelagat dan telatah Woo Young Woo, cintanya yang tidak putus-putus terhadap ikan paus, dan makanan kegemarannya, kimbap yang membuatkan kami terliur setiap episod! 

Kimbap dari episod ini menjadi hit di seluruh dunia.

Jadi harini kami nak share cara buat Kimbap ala Dong Geu Rami iaitu sahabat baik Woo Young Woo. Yup, resipi yang sangat mudah ni famous tau di media sosial, dengan peminat di seluruh dunia cuba buat, kat Korea pun tengah hit resipi ni. Sekarang Min pula nak try!

Kimbap ala Dong Geu Rami. Sumber: google

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Nasi
  • Rumpai laut (seaweed sheets)
  • Minyak bijan
  • Telur
  • Kimchi

Cara-cara:

  1. Goreng telur masukkan garam atau apa apa seasonings yang anda prefer.
  2. Gaulkan nasi dengan minyak bijan.
  3. Sediakan seaweed sheets dah bahagikan kepada 4 bahagian. Gunakan pisau atau guna untuk potong bahagian tetapi pastikan tidak potong sepenuhnya sebab perlu dilipat kemudian.
  4. Di bahagian petak pertama letakkan nasi, masukkan telur yang sudah digoreng ke bahagian bawah nasi, dan sesudu kimchi ke bahagian tepi telur.
  5. Tambah nasi ke bahagian kosong seaweed terakhir.
  6. Akhir sekali, boleh mula melipat bahagian kimbap tersebut bermula dengan bahagian nasi, ke telur, kimchi dan akhirnya ditutup ke bahagian nasi yang terakhir. Pastikan kimbap dilipat sebaiknya supaya isinya tidak terkeluar apabila dimakan.
Sedia untuk dimakan. Sumber: yejikitchenstories.com

Senang je kan? Kenyang pun kenyang! Dah cuba nanti bagitau korang suka style kimbap macam ni atau kimbap roll biasa, okay?

Comments