Resipi snek trending – Nougat Marshmallow!

You are currently viewing Resipi snek trending – Nougat Marshmallow!

Nougat ialah snek manisan yang gebu dan berudara yang diperbuat daripada gula atau madu dan putih telur. Ia selalunya mengandungi buah-buahan dan kacang. Nougat tradisional selalunya menyerupai fudge dan jauh berbeza daripada gula-gula atau snek yang diproses yang macam kita selalu makan.

Nougat biasanya akan menjadi kesukaan anak-anak kecil sebab ianya manis dan sedap untuk jadi kudapan.

Bar Nougat disaluti coklat. Sumber: imperialsugar.com

Antara jenama Nougat bars yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia adalah seperti Cloud9, Mars, dan Snickers. Tetapi biasanya snek yang dijual dipasaran ini tak boleh makan selalu kan sebab kandungan gulanya tinggi. Lebih sihat kalau buat sendiri dirumah kan. Kalau buat sendiri kita boleh adjust resipi supaya lebih sihat untuk dimakan dengan lebih kerap, betul tak? Jadi harini Min nak share satu resipi Nougat Marshmellow yang Min tengok ramai dah cuba di TikTok. Jom!

Homemade Nougat. Sumber: thespruceeats.com

Resipi Nougat Marshmellow

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. 40 gram butter
  2. 250 gram marshmellow
  3. 70 gram susu tepung
  4. 100 gram kacang (atau boleh guna buah kering/kismis/oreo)
  5. 100 gram biskut marie

Cara-cara:

  1. Cairkan butter didalam kuali dan masukkan marshmellow, kacau dengan api kecil
  2. Campur susu tepung dan gaul sampai sebati
  3. Masukkan kacang/buah kering/kismis dan biskit marie yang dah dipatahkan
Nougat bar sedia dipotong kepada bite size. Sumber: allrecipes.com

4. Ratakan adunan nougat dalam bekas/loyang

5. Simpan didalam peti selama sehingga keras

6. Dah boleh potong kepada size kecil dan siap untuk dikudap!

Sedia untuk dihidang.

Senang je tau nak buat snek ni, boleh try untuk dihidang kepada anak-anak atau tetamu nanti ya! Kalau yang tengah diet tu jangan risau, korang boleh je tukar bahan untuk adjust dengan citarasa korang tau. Maybe boleh cuba masukkan granola dan oats, mesti sedap juga kan? Search sahaja Nougat Marshmellow di TikTok, mesti korang akan nampak bermacam lagi resipi menarik anda boleh cuba. Selamat mencuba!