Sejarah Roti Jala Yang Asalnya Lempeng!

You are currently viewing Sejarah Roti Jala Yang Asalnya Lempeng!

Roti jala memang menjadi salah satu makanan kegemaran orang Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Roti jala boleh didapati di semua negeri di Malaysia tau, senang je nak cari kalau craving. Walaupun roti jala ni popular di kalangan masyarakat Malaysia, dekat Indonesia, Thailand, Singapura pun ada tau. Normal lah, dah nama pun hidup berjiran, mestilah berkongsi makanan kan!

Harini min tertanya-tanya dari mana datangnya roti jala ni jadi min pun buat research sikit-sikit. Min agak teruja bila dapat tahu sejarah disebalik roti jala ni tau! Kalau korang nak tahu, wajib baca sampai habis ya!

Roti Jala antara hidangan paling sedap di Malaysia. Sumber: wooheng.com

Menurut sejarah, asalnya roti jala ni ada kaitan dengan sejarah lempeng. Kata seorang ahli arkeologi, ada satu penemuan lempeng dalam perut mumia berusia 5,300 tahun di Itali yang mati sewaktu berperang. Ini membuktikan yang lempeng wujud sejak zaman Mesolitik lagi tau. Lama kan? Manusia zaman Greek Purba makan lempeng je korang dan dia dipanggil Tagenias yang bermaksud kuali leper. Haa, mesti korang tertanya-tanya apa kaitan lempeng dengan roti jala kan?

Makanan utama manusia sejak awal zaman. Sumber: Google

Dari situ lempeng berkembang ke setiap zaman dan generasi. Setiap negara ada lempeng versi tersendiri dan di zaman Sangam iaitu abad pertama Masehi di Empayar Tamilakan, lempeng terkenal sebagai thosai atau dosei/tosei yang kita makan sekarang. Lempeng dan roti jala dibuat menggunakan bahan yang lebih kurang je, perasan tak?

Cara menjala Roti jala. Sumber: Vkeong

Ceritanya zaman dulu, kat Kedah asa seorang wanita yang nak masak lempeng tetapi senduk yang digunakan ada lubang. Disebabkan taknak rugikan bahan acuan yang dah dibuat, dia biarkan je titisan tepung tu menitik di kuali lepernya. Hidangan yang asalnya patut jadi lempeng, dah jadi seperti lukisan yang berselerak. Lalu, suaminya datang dan memanggil hidangan itu kirai atau maksudnya berselerak.

Roti jala kuning keemasan. Sumber: Google

Sejak dari kejadian itu, roti jala atau hanya dikenali sebagai roti kirai memang menjadi suatu hidangan yang digemari orang melayu. Tetapi kenapa warnanya kuning? Ha, zaman dulu rakyat nak hidang makanan ni dekat kerabat diraja lalu mereka menambah kunyit supaya warnanya lebih menarik sempena warna diraja. 

Apabila hidangan ni sampai ke Melaka pada abad ke-15, orang Melaka memberi nama sebagai roti jala kerana rupanya yang macam jala ikan. Jadi, itulah sedikit sebanyak sejarah kedatangan roti jala ni. Setakat mana kesahihan semua cerita-cerita ni min pun tak pasti tetapi menarik, kan?

Comments