Sejarah Disebalik Makanan Kebangsaan Malaysia: Nasi Lemak

You are currently viewing Sejarah Disebalik Makanan Kebangsaan Malaysia: Nasi Lemak

Nasi lemak boleh diumpamakan sebagai salah satu identiti Malaysia. Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi hidangan ni sebab memang semua orang kenal makanan kebangsaan negara kita ni. Sesiapa sahaja kat Malaysia ni tak kira India, Cina, Melayu, pekerja asing atau expat serta pelancong luar negara memang akan cari Nasi Lemak untuk sarapan, kena pulak dengan teh tarik! Memang betul-betul Malaysia!

Nasi Lemak makanan kebangsaan. Sumber: avwordpress

Sebagai rakyat Malaysia sejati juga, ramai yang membesar dengan hidangan sampaikan memang dah pasti makanan ruji setiap kali sarapan. Bab makan memang semua orang pasti hehehe tapi apa yang kita tak pasti adalah sejarah disebalik nasi lemak ni, Min pun kurang tahu juga jadi mari kita kaji sama sama!

Semasa buat research pasal nasi lemak ni, Min banyak kali terjumpa kisah tentang lagenda Seri dan Mak Kuntum yang dikatakan mencipta hidangan ini. Katanya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511) dulu, ada seorang gadis bernama Seri yang tinggal bersama ibunya, Mak Kuntum. Satu hari, Seri sudah mula rasa jemu dengan lauk-pauk yang dimasak dengan cara yang sama sahaja.

Oleh itu, Seri mula memikirkan satu resepi baru, dia masukkan lengkuas ke dalam nasi lepas tu, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk menyerikan dan menambah aroma pada nasi tersebut supaya dapat membangkitkan seleranya dan ibunya.

Kisah Seri dan Mak Kuntum. Sumber: simedarby/facebook

Kemudian, nak dijadikan cerita semasa sedang memasak nasi tu Seri tertumpahkan santan dalam nasi yang menjadikan nasi tu berlemak dan berkrim. Apabila Mak Kuntum balik dari kerja, Mak Kuntum tanya pada Seri ”Apa kau masak ni, Seri?” Seri pun jawab “Nasi le! Mak!” (Nasi lah mak) dan dia jawab dengan berulang kali sebab Mak Kuntum bertanya banyak kali mungkin hairan dengan resepi yang tidak pernah dibuat oleh mereka. Sejak dari itu, sampai sekarang hidangan ini dipanggil Nasi Lemak. Hmm, menarik kan tapi Min pun taktau kesahihan kisah ni. Kisah ni popular tau sebab dah diceritakan sejak berkurun lamanya. (Sumber: buzzkini.com)

“The Circumstances of Malay Life” oleh Richard Oloft Winstedt. Sumber: Google

Walaupun, penulisan sejarah tentang bila nasi lemak ini mula dibuat tak diketahui dengan sahih tapi Nasi Lemak ini pernah disebutkan dalam satu buku sejarah “The Circumstances of Malay Life” tahun 1909 oleh Sir Richard Oloft Winstedt. Pegawai British ini sangat cintakan budaya dan makanan Malaysia sehingga habiskan banyak masanya dengan mengkaji beberapa hidangan Melayu terutamanya Nasi Lemak. Berdasarkan catitan beliau, nama Nasi Lemak digunakan untuk hidangan tradisional ini kerana tekstur dan rasanya yang sangat berlemak sebab penggunaan santan tu.

Nasi Uduk mirip Nasi Lemak. Sumber: Google

Mengikut sejarah juga, Nasi Lemak datang dari kawasan semenanjung Malaysia dan memang jadi makanan ruji ramai orang. Yang menariknya, zaman dulu Nasi Lemak selalu jadi hidangan waktu majlis perkahwinan tau! Seronoknya, pergi kenduri kahwin dapat makan nais lemak dengan hidangan lauk yang bermacam jenis! Bukan itu sahaja, Nasi Lemak juga popular di beberapa negara Asia yang lain seperti Thailand, Singapura, Indonesia.

Majlis perkahwinan Melayu dahulu kala. Sumber: thepatriots

Sementara di Jakarta, hidangan Nasi Lemak dikenali dengan nama nasi uduk, sedangkan di Jawa Tengah dengan nama sega liwet/nasi liwet. Di Aceh pula, hidangan yang mirip Nasi Lemak disebut nasi gurih. Menarik kan? Namun pada zaman sekarang, Nasi Lemak dah boleh didapati kat seluruh dunia tau, pergi lah London, Paris sekalipun mesti jumpa restaurant melayu jual Nasi Lemak.

Burger Nasi Lemak. Sumber: Google

Nasi Lemak juga kini telah diubahsuai dengan dihidangkan pelbagai jenis lauk pauk dan bentuk sehingga dah ada Burger Nasi Lemak, Pizza Nasi Lemak. Kreatif betul, apa-apa bentuk sekalipun Nasi Lemak sememangnya akan kekal sebagai makanan kebangsaan Malaysia.