Nasi Tupe – Hidangan Unik Dari Kelantan!

You are currently viewing Nasi Tupe – Hidangan Unik Dari Kelantan!

Nasi Tumpang, ataupun orang Kelantan sebut Nasi Tupe, adalah hidangan nasi yang unik dari negeri Kelantan. Seperti yang kita semua tahu, Kelantan memang kaya dengan makanan yang sedap-sedap betul tak? Sebab negeri ni yang berjiran dengan Thailand juga mempengaruhi makanan-makanan kat sini tau tapi kalau ke Kelantan ramai yang akan cari Nasi Kerabu je kan.

Nasi Tumpang atau Nasi Tupe makanan tradisi Kelantan. Sumber: Malaysianfood.com

Okay, berbalik kepada Nasi Tumpang, mesti korang tertanya-tanya kenapa min cakap hidangan ni unik, kan? Haa, Nasi Tumpang ni istimewa sebab nasi dan lauk-lauk lain diisi dalam daun pisang yang dibungkus bentuk kon tau. Semua nasi dan lauk pauk dibungkus sekali tau so memang korang takkan jumpa Nasi Tumpang lauk asing hehe. Walaupun Nasi Tumpang ni tak sepopular Nasi Lemak, Nasi Dagang tetapi ia juga tersenarai dalam senarai makanan warisan kebangsaan tau!

Sumber: Kuali.com

Nama Nasi Tumpang ni diberi sebab kaedah penyediaan hidangan ni dan susunan lauk yang macam menumpang antara satu sama lain.

Kalau korang nak tau, setiap lauk disusun berselang seli dengan nasi, so lauk-lauk ni macam menumpang nasi la agaknya. Susunan Nasi Tumpang biasanya nasi lepastu masuk serunding ikan, nasi, gulai ayam lepastu nasi lagi, dan biasanya akan dimasukkan juga gulai udang, letak nasi lagi kemudian sedikit timun lepastu barulah boleh bungkus! 

Sumber: Google

Ada beberapa versi cerita turun temurun juga pasal Nasi Tumpang ni. Namun, kisah yang paling jadi bualan orang kat Kelantan adalah kisah tentang para isteri kepada para suami yang bekerja keras untuk sara keluarga. Dahulu kala, ramai orang yang bekerja sebagai nelayan yang keluar ke laut berhari-hari jadi para isteri pun bekalkan nasi dengan bermacam jenis lauk. Nasi pula mestilah tahan lama supaya mereka boleh makan dalam tempoh lama tau jadi nasi diselang selikan dengan lauk pauk supaya tak perlu guna bekalan asing. Mungkin dulu belum wujud mangkuk tingkat, kan?

Sumber: Kuali.com

Sejak dari itulah, wujudnya Nasi Tumpang yang masih lagi dinikmati sampai sekarang. Walaupun dah susah nak cari, tapi kalau korang cari dekat Pasar Siti Khadijah atau mana-mana warung makan pagi kat Kelantan, confirm dapatlah!