Kemeriahan Rumah Terbuka Aidilfitri 2022

You are currently viewing Kemeriahan Rumah Terbuka Aidilfitri 2022

Aidilfitri tahun ini disambut meriah di seluruh negara apabila sebelum ini umat Islam meraikannya dalam kesederhanaan, selain ada yang tidak dapat pulang beraya di kampung halaman. 

Semenjak COVID-19 melanda negara kita pada tahun 2020, memang susah untuk kita berkumpul bersama keluarga dan kawan-kawan yang tersayang. Kita pula sudah terbiasa dengan menghadiri jemputan rumah terbuka setiap tahun pada tahun sebelum hadirnya COVID ni kan. 

Nasib baik lah pada tahun 2022 ni dapat jugak kita menyambut perayaan yang mulia ini walaupun sedikit kelam kabut sebab kita semua tak menjangka bahawa Aidilfitri jatuh sehari awal daripada hari yang sepatutnya tapi perayaan ini masih perlu diteruskan. Yelah kita pun tahu yang perayaan ini untuk menyambut kemenangan kita semua umat Islam kerana berjaya berpuasa selama sebulan.

Seronok kan tengok semua orang mula update social media mereka dengan gambar-gambar OOTD mereka pada hari raya pertama tu. Semua cantik-cantik dan kacak-kacak dengan pakaian yang sangatlah lawa. Memang all-out lah kita semua tahun ni maklumlah dah dua tahun kan tak sambut.

Bukan baju raya untuk raya pertama je yang baru, ada juga antara kita yang tidak melepaskan peluang membeli baju raya untuk dipakai ke majlis rumah terbuka yang diadakan oleh sahabat handai dan saudara mara.

Dah lama kan tak pergi rumah terbuka mestilah kena pakai baju baru kan? Tak sabar nak makan makanan yang disediakan tuan rumah. Korang rasa makanan apa yang paling banyak korang jumpa waktu korang berkunjung ke rumah terbuka? Sedapnya bila teringat balik makanan yang dimakan waktu rumah terbuka minggu lepas! 

Jom kita tengok makanan apa yang netizen share untuk rumah terbuka mereka!

Kredit: @farrrhanahmad/Twitter
Banyaknya dessert untuk dipilih!!
Kredit: @arishushaini/Twitter
Rambang mata nak makan mana satu ni?
Kredit: @_azilah_/Twitter
Wah ada mi kari dan nasi lemak!
Kredit: Nurulhuda Fahmi/Facebook

Nampak sedap kan semua hidangan yang dihidangkan tuan rumah. Korang yang datang tu jangan lah membazir ye, ambil apa yang kita yakin akan habis je tau! 

Harini pun dah masuk hari raya yang terakhir dah kan? Seronok lah kita semua tahun ni dapat meraikan raya seperti biasa. Tak sabar nak tunggu tahun depan pula! Hehe tak terlambat lagi kan kalau kami nak ucap Selamat Hari Raya kepada semua yang sudi follow akaun media sosial kami. Selamat Hari Raya semua, jumpa pada Syawal yang akan datang!

Comments