Asal Usul Wajik – Makanan Zaman Perang?

You are currently viewing Asal Usul Wajik – Makanan Zaman Perang?

Wajik adalah antara manisan tradisional melayu yang sudah wujud sejak beratus tahun dahulu lagi. Sebaris dengan lemang, dodol, dan ubi rebus, wajik dikatakan menjadi makanan sewaktu zaman perang dulu-dulu. Hal ini kerana, waktu perang makanan yang akan dibawa dan disimpan adalah makanan yang kekal lama dan tak mudah basi. Jika makanan cepat rosak, bagaimana datuk dan nenek moyang kita nak bertahan dalam medan perang yang lama, kan? 

Wajik, manisan tradisional. Sumber: Google

Dengan kekreatifan dan kebijaksanaan orang Melayu, mereka mencipta beberapa jenis makanan untuk bertahan dan terus hidup. Maklumlah, zaman dulu tak ada lagi makanan dalam tin atau paket untuk survive waktu-waktu macam ni. Buat yang tak kenal kuih wajik, wajik ialah manisan yang diperbuat dari beras pulut, santan, dan dimaniskan dengan gula. Wajik selalu dihidang sewaktu musim perayaan sebab ramai juga yang suka makan kuih manis-manis.

Wajik Durian popular mengikut musim. Sumber: Google


Kalau bukan musim raya mungkin tak ramai yang buat sebab cara penyediaan kuih ni agak lama dan leceh. Kalau tersalah langkah atau tak kena sukatan dan masa yang betul, nanti tak menjadi dan cepat rosak. Kalau tiba musim durian pula, ramai yang akan buat dan jual wajik durian, sedapnya!

Wajik di Indonesia beraneka warna. Sumber: Google


Di Indonesia juga ada kuih ni dan ia dikenali sebagai Wajik Ketan. Ketan bermaksud pulut dalam bahasa Indonesia manakala wajik pula adalah satu simbol harmoni bagi orang-orang jawa. Jadi, wajik banyak dihidang pada majlis perkahwinan dan sebagainya. Menurut sejarah Indonesia juga, wajik termasuk dalam kategori makanan zaman Majapahit kerana ia tertulis dalam Kitab Nawaruci.

Kekal sebagai manisan tradisional digemari ramai. Sumber: Google

Jadi, itulah sedikit sebanyak kisah tentang Wajik yang bukan sahaja terkenal di kalangan orang Melayu malahan sangat terkenal di Indonesia. Walaupun tiada sejarah yang jelas tentang dari mana asal Wajik ni, asalkan makanan ini disukai ramai dan dikongsi dengan setiap bangsa dah cukup untuk kita kekalkannya sebagai makanan tradisional.