Pisang goreng, sebut sahaja pisang goreng, semua dah dapat bayangkan pisang yang dicelup dalam tepung dan digoreng dengan minyak lalu terjadi lah pisang goreng. Cukup simple. Tapi korang tahu tak mana datangnya pisang goreng sebenarnya? Macam mana boleh terciptanya pisang yang dicelup tepung sebelum digoreng. Mari min ringakaskan sikit asal usul goreng pisang ni.
Nak ceritakan dari awal memang panjang sebab ada kaitan dengan Portugis, Raja Manuel iaitu Raja Portugal sendiri di sekitar 1509.
Nak dipendekkan cerita, budaya makan makanan celup tepung ini adalah budaya oprang susah di Portugal, kerana ini cara paling mudah untuk makan sampai kenyang. Mereka menjumpai pokok pisang di sekitar rumah orang yang ditinggalkan. Cempedak pun diorang jumpa tauu.
Pisang sebenarnya berasal dari kepulauan New Guinea dan dibawa keluar dari pulau tersebut kira-kira pada tahun 5000 Sebelum Masehi. Pisang sudah berada di Tanah Melayu ketika suku Semang dan Senoi menguasai Tanah Melayu pada zaman tersebut. Suku Semang dan Senoi merupakan kelompok etnik yang berasal dari Semenanjung Malaysia.
Secara tradisinya pisang goreng dimasak menggunakan adunan tepung rangup sahaja. Ia bukan sahaja begitu terkenal di Indonesia, malah cukup popular di kalangan masyarakat Malaysia, Singapura, Brunei, Kemboja, Thailand dan juga Filipina. Namun di Indonesia pisangnya digoreng tanpa mencelup ke dalam bancuhan tepung dan digoreng terus begitu sahaja.
Jenis pisang yang digunakan untuk digoreng adalah pisang raja, pisang abu atau pisang tanduk. Ini antara pisang yang begitu popular dan sangat enak apabila digoreng. Adunan tepung yang digunakan untuk menggoreng pula terdiri dari campuran tepung gandum, tepung beras, tepung ubi, santan atau susu sebagai penambah perisa dan aroma.
Sehingga ke hari ini, pisang goreng dimakan secara santai oleh orang Malaysia pada waktu petang dihidangkan pula dengan secawan teh o panas. Sekarang dah popular dengan tambahan topping atau add on di atas pisang goreng contohnya keju, hirisan coklat, susu cair, kacang tanah, biscoff dan banyak lagi.