Pisang Rebus – Makanan Orang Lama Yang Kaya Khasiat

You are currently viewing Pisang Rebus – Makanan Orang Lama Yang Kaya Khasiat

Kalau tanya orang dulu dulu pasal pisang rebus mesti mereka akan gembira nak bercerita tau. Bukan setakat pemanis mulut sedap untuk minum petang tetapi pisang rebus ni ada banyak sangat khasiat sebenarnya! Jom kita bercakap pasal Pisang Rebus harini.

Pisang Rebus. Sumber: Google

Pisang rebus ialah satu hidangan yang mengandungi serat yang sangat tinggi yang membuatkan ia baik untuk melancarkan saluran pencernaan. Bukan itu sahaja, ia jug berkhasiat untuk golongan yang ada penyakit diabetes, darah tinggi  Selain itu, pisang rebus juga bagus untuk mereka yang nak diet sebab ia kaya dengan sumber tenaga, gula serta tidak mengandungi kolesterol dan tidak berminyak. Haa, siapa tengah diet take note cepat!

Sedap dimakan bersama kelapa parut. Sumber: cookpad.com

Dekat kampung dulu dulu, mesti selalu nampak makcik pakcik duduk di luar rumah dengan kopi panas dan pisang rebus sambil ambil angin petang. Kita lalu depan rumah mereka pun dah boleh bau haruman wangi kopi tu dengan pisang rebus ni! Nenek min pun suka hidang pisang rebus dengan kopi pada tetamu tetamu dia tau, rindu betul suasana kampung! 

Hidangan yang penuh dengan khasiat. Sumber: sehatq.com

Cara nak buat hidangan ni pun sangat senang sahaja, bahan-bahannya pun simple je. Korang hanya perlukan pisang, air, dan garam! Pisang yang biasa digunakan untuk buat pisang rebus ni ialah Pisang Abu kerana katanya lagi sedap sebab isi yang semula jadi manis. Masukkan je pisang dalam air yang mendidih dan tabur sedikit garam lepastu dah siap! Selalunya pisang rebus akan dimakan dengan kelapa parut, cicah gula atau susu pekat pun best!

Pisang Rebus cara moden. Sumber: dutakelantan.com

Malangnya, sekarang dah tak ramai yang suka hidangan ni. Jarang kan nampak orang makan pisang rebus zaman sekarang, yelah budak-budak muda semua asyik nak try makanan viral sahaja. Walaupun begitu, ada juga yang masih sukakan hidangan ni sampai buat style sendiri macam makan bersama saus coklat, whipping cream dan sebagainya. Asalkan pisang rebus terus hidup dalam budaya pemakanan, cara makan macam mana pun tak kisah kan?

Comments