Salam guys! Min sini nak bagitau korang tentang 5 tempat yang korang boleh survey dekat area Klang kalau korang ada rancangan nak berbuka puasa dekat luar sempena bulan Ramadan ni! Nak tahu lebih lanjut? Baca sampai habis tau!
1. Hausgrill Steamboat Cheese
Steamboat beraneka dengan pilihan makanan laut banyak sehingga rambang mata! Hausgrill menyediakan banyak pilihan untuk korang pilih macam aneka daging perapan yang gerenti membuat korang meleleh. Selain steamboat, makanan yang sedia makan juga disediakan macam rojak.
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/nW1yyzas9APqftBP7
2. Nasi Kukus Sotong Besar Klang
Nasi Kukus Sotong Besar terkenal dengan makanan yang mereka terletak tertera di nama kedai mereka. Nikamati sotong besar goreng tepung rangup dengan nasi kukus, ataupun hidangan lain mereka seperti kambing bakar dan sup kambing.
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/YJ6Vt9HKbAUm45cD7
3. Sate Famili
Sate beraneka jenis menanti korang jika korang singgah dekat Sate Famili! Kedai ni agak viral dengan orang Klang dan digemari oleh semua. Satenya bersaiz besar dan diperap dengan banyak rempah ratus yang sedap!
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/WWYuWhRhijLLgM9x9
4. Sate Kajang Hj. Samuri Klang
Sate Kajang Hj. Samuri memang mencapai status lejen di seluruh Malaysia untuk sate. Setiap hari mereka dikunjungi oleh peminat sate. Kalau korang tak nak makan sate, ada juga makanan tempatan lain macam nasi goreng.
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/2xPWixVwZyapwPkU6
5. Nyonya Kitchen and Caterers
Kalau korang craving makanan Nyonya untuk berbuka, Nyonya kitchen adalah tempat yang rekomended. Daripada ayam pandan, kari kepala ikan, sambal terung dan banyak lagi, hidangan mereka tentu dapat menaikkan selera korang.
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/L2i42DMZQCRw7pWX8
6. Pak Li Kopitiam
Pak Li Kopitiam merupakan cawangan kopitiam yang terkenal dekat seluruh Malaysia. Nikmati pelbagai hidangan klasik kopitiam macam roti bakar kaya, cendol dan banyak lagi. Makanan berat macam nasi ayam lemon dan kuey tiau goreng pun ada!
🗺️Google maps: https://maps.app.goo.gl/WRw7zwY3uzTCSTcG6
7. EFA WESTERN
Kalau korang craving nak berbuka dengan western ala Melayu, EFA Western sesuai untuk korang. Daripada spaghetti ke chicken chop, mesti ada sesuatu yang boleh memangkitkan selera korang.
🗺️Google maps: https://maps.app.goo.gl/oAMFqqc3C6s4P6Fg7
8. Restoran Sempadan Maggie Ketam Power
Tak perlu korang jalan-jalan dekat Kelantan semata-mata nak try Maggi Ketam dah! Tempat di selalu dikunjungi oleh para pelanggan yang nak nikmati makanan ala Kelantan macam Maggi Ketam yang sungguh segar. Mesti try!
🗺️Google maps: https://maps.app.goo.gl/dJKQt2m8rqN87CMH8
9. Yok Mampir Cafe
Slogan diorang? “The Best and Cheapest Western Food and Chicken Rice in Town”! Dekat sini ada banyak menu yang sesuai dengan tekak orang Malaysia, so kalau korang nak berbuka dengan aneka pilihan, boleh mari sini.
🗺️Google maps: https://maps.app.goo.gl/2LDQU1eJTkdKmspc7
10. Ayam Kampung Berapi Meru Klang
Mari ramai-ramai ke Ayam Kampung Berapi Meru Klang! Kalau korang nak nikmati ayam kampung yang digoreng rangup dan segar, restoran ni harus korang kunjungi untuk makan ayam yang best.
🗺️Google maps: https://maps.app.goo.gl/7ARb8J2qMmZ2YjNGA
11. Tetra House Of Biryani
Kalau korang teringin nak makan nasi briyani, tempat ni adalah suatu pilihan terbaik! Nikmati pelbagai hidangan lazat dan berempah! Kalau tak nak nasi briyani, mereka juga menghidang pelbagai roti canai.
🗺️Google maps: https://maps.app.goo.gl/G6LqfRn24srfGvYV8
12. Khunthai Village Restaurant
Nak makan makanan Thai autentik? Kunjungilah Khunthai Village Restaurant dan nikmati pelbagai makanan Thai asli macam tom yum, kari hijau dan banyak lagi! Tempat ni mesti try kalau korang nak makan makanan ala Thai!
🗺️Google maps: https://maps.app.goo.gl/KPkH8f1v4KkDyvKu8
13. Qidot Cafe
Suasana yang sungguh estetik bertemakan bangunan Eropah, tempat ni mesti korang pergi kalau korang nak nikmati pelbagai makanan Barat sambil menikmati atmosfera yang sungguh cantik!
🗺️Google maps: https://maps.app.goo.gl/dEfFVcpPMzhRn77P8
14. Laparbetul.co
Kalau korang gemar makan dengan style ala food court, Lapar Betul ni tempat yang korang kena try pergi sekali sekala. Tempat ni luas nak mempunyai pelbagai variasi makanan yang dapat menyelerakan semua!
🗺️Google maps: https://maps.app.goo.gl/RsLU3MqQiej5HTWB7
15. Warung Warisan Asli
Dibuka sejak 2005, restoran ni agak dikenali dengan orang Klang. Sini korang boleh nikmati pelbagai masakan Melayu yang menyelerakan seperti makanan goreng, nasi dan lauk pauk macam ikan masak tiga rasa, ayam masak padprik, sayur goreng dan banyak lagi.
🗺️Google maps: https://maps.app.goo.gl/BwdrB671xzYCwbz5A
Artikel oleh Farzana Iwani