TASEK KotaSAS: Tarikan Baru di Kuantan, Pahang!

  • Post author:
  • Post category:Makan
  • Reading time:4 mins read
You are currently viewing TASEK KotaSAS: Tarikan Baru di Kuantan, Pahang!

Orang Kuantan, Pahang mungkin ada yang tahu dan ada juga yang tidak tahu tentang pembangunan KotaSAS ni kan? Bandar KotaSAS yang terletak kira-kira 10 kilometer dari pusat bandar akan menjadi bandar baharu moden berorientasikan hab pengangkutan dan komersial. Selain itu, terdapat sebuah tempat yang ditubuhkan dan dikenali sebagai TASEK yang mempunyai pelbagai restoran ‘retail’ juga medan selera yang mempunyai lebih dari 8 jenis makanan yang boleh dipilih oleh para pengunjung.

Medan selera atau food court di TASEK @ KotaSAS ni nampaknya tidak ramai lagi yang tahu. Dan sudah pasti kami dari Purple Durian ingin mengetengahkan medan selera KotaSAS ni dan pelbagai restoran lain di KotaSAS ni.

Kalau korang dah tiba di KotaSAS, korang boleh cari signboard macamni, dah sampai!

Boleh buat ape lagi?

Seperti yang kita tahu, Pusat Komersial TASEK di KotaSAS adalah pusat beli-belah kejiranan yang paling banyak terdapat di KotaSAS Kuantan. TASEK menawarkan 19 lot runcit dan 10 unit Medan selera untuk menyajikan gaya hidup moden penduduk dan pengunjung KotaSAS dan Kuantan.

Selain daripada para pengunjung boleh memilih variasi makanan di sini, pengunjung TASEK di KotaSAS ini juga boleh beriadah di kawasan ini. Kalau lapar atau dahaga, boleh lah beli mana-mana makanan dan minuman di sini! Menarikkan konsep TASEK ni?

Luas kan kawasan ni? Sesuai untuk semua aktiviti bersama kawan-kawan dan keluarga.
Ni pulak sedikit gambaran untuk medan selera kat TASEK ni!

Selain tu, dekat TASEK @ KotaSAS ni, korang boleh spend time dengan family dan kawan-kawan sebab banyak fasiliti dan tarik yang menarik yang disediakan oleh pihak yang berkuasa seperti

  • Taman permainan kanak-kanak
  • Picnic space untuk korang berpiknik dengan yang tersayang
  • Kelas taekwando setiap Ahad, 8 pagi
  • Senamrobik setiap Ahad, 5:30 petang
  • Kedai dobi layan diri
  • “Deck” tepi tasik
  • Padang Futsal
  • “Outdoor Gym” dan macam-macam lagi.

Kalau nak tahu lebih tentang apa yang ada kat TASEK @ KotaSAS ni, nantikan post kami seterusnya! Hehe.. 

Lokasi📍

TASEK Commercial Centre, KotaSAS, 

TASEK @ KOTASAS, 55, Jalan KS 1/4, 25200 Kuantan, Pahang

Google Map: TASEK @ KotaSAS

Instagram: TASEK KotaSAS