TASEK @ KotaSAS: Sushi Ramen, Satu Bowl Je Tak Cukup!

You are currently viewing TASEK @ KotaSAS: Sushi Ramen, Satu Bowl Je Tak Cukup!

Seperti yang kita sudah sedia maklum, TASEK KotaSAS ni mempunyai beberapa kedai makanan yang menarik dan salah satunya adalah Sushi Ramen. Korang jalan sikit sampai nampak kedai R05 ni!

Sushi Ramen ni lain tau dengan outlet sushi yang lain tu! Sushi Ramen ni ada banyak keistimewaan tau sebab selain daripada sushi, korang boleh makan ramen dan ‘donburi’ atau ‘rice-bowl dish’. Banyak pilihan yang korang boleh pilih kalau korang makan kat sini tau!

Kalau korang nak makan yang ringan-ringan tapi mengenyangkan, korang boleh try sushi yang pelbagai kat sini tau! 

Korang tengoklah, banyak kan pilihan sushi?
Ni sushi yang kami makan kat sini!

Korang kena try tau sushi-sushi yang ada kat sini sebab semuanya rasa sangat sedap dan fresh! Semua dibuat dengan bahan yang segar dan sedap untuk perut korang yang lapar tu!

Selain tu, kami juga ada try donburi dan ramen yang ada kat Sushi Ramen KotaSAS ni! Memang sedap sangat tau, tak tipu!

Premium Beef Steak Don & Shio Tan Tan Ramen  
Satu bowl ni tak cukup!
Penuh satu bekas ni tau, confirm kenyang!
Hojicha Latte pelengkap rasa!

Korang kalau pergi TASEK KotaSAS ni boleh lah try sendiri sushi, ramen dan donburi kat sini. Confirm tak menyesal! Kalau korang bernasib baik, ada hari yang korang boleh makan kek dan manisan lain tau kat sini! Untuk ini, korang boleh check instagram mereka selalu! Selamat mencuba korang! 🍣🥩🍜😋

📍Sushi Ramen @ KotaSAS

R-05, TASEK @ KotaSAS,

 55, Jalan KS 1/4, 25200 Kuantan, Pahang

Google Maps: Sushi Ramen @  TASEK KotaSAS

Instagram: Sushi Ramen

Comments

Leave a Reply