Warung Yang Mempunyai Pelbagai Konsep dan Budaya! | Warung Adri

You are currently viewing Warung Yang Mempunyai Pelbagai Konsep dan Budaya! | Warung Adri

Korang pernah pergi tak satu kafe yang banyak konsep? Kalau tak pernah, korang boleh singgah di Warung Adri yang terletak di Kuantan ni tau. Konsep warung ni amatlah berlainan daripada kafe atau warung yang aesthetic di Lembah Klang. Rasanya tak banyak atau tiada lagi kot kafe atau warung yang ada konsep yang berbeza-beza macamni.

Dari depan warung ni je korang boleh nampak kelainan yang mereka sampaikan. Kejap rasa macam ada vibe vintage, kejap rasa macam ada vibe zaman-zaman retro dulu-dulu sikit, yang penting memang menarik lah!

Kalau korang nak tahu, asalnya Warung Adri ni daripada kedai yang penuh dengan sarang burung je tau. Warung ni juga menyediakan menu yang best-best menggunakan resipi yang dibuat oleh mereka sendiri tau. 

Masa Purple Durian singgah sendiri warung ni, memang boleh dikatakan lain lah feel dia tu daripada pintu masuk sampailah ke belakang. Dalam pada tu jugak, kalau korang nak tahu warung ni ada sediakan banyak aktiviti yang menarik untuk pengunjung. Korang kena alert sikit lah dengan sosial media Warung Adri ni kalau taknak terlepas!

Aktiviti yang ada kat sini termasuklah aktiviti sesi luahan rasa, gig, jualan pakaian, aktiviti bacaan puisi pun ada tau korang! Selain itu, yang menarik lagi kat sini, ada yoga juga tau, tapi ni kena set by appointments lah ye! 

Banyak pulak borak kan? Haha korang nak tengok tak apa yang kami order masa kami singgah ke warung ni? 

El Bread
Kami order Kopi Tropikal, Kopi Mentari, Cham Ice dan Teh Tarik

Bulan ramadan haritu, Warung Adri ada sediakan menu yang special untuk moreh tau. Maybe korang boleh try datang Warung Adri ni next Ramadan? Korang tengoklah sendiri, menarik kan?

Selain daripada yang kami order, korang juga boleh dapatkan menu lain yang sedap seperti Wantan Yee Mee, Mee Kari Wantan dan macam-macam lagi! Sekarang kita nak show off pulak apa yang unik dalam warung ni.

Memang best kan untuk lepak? Korang nak ambil OOTD pun onz!

Korang mesti tertanya kan, kat mana lah Warung Adri ni nak buat aktivit yoga? Jangan risau! Di atas warung ni ada satu space untuk yoga tau! Yoga ni adalah usahasama dari @.udaraloftyoga dengan Warung Adri itu sendiri!

Kalau korang nak try merasai semua ni dan join event yang dianjurkan Warung Adri, korang boleh lah follow sosial media Instagram @warongadri dan sentiasa check post dorang kalau taknak menyesal nanti! Hehe 

Kalau ada lagi warung atau kafe yang berkonsepkan macamni, korang bolehlah bagitahu kami, nanti kami pergi dan review untuk korang!

Jangan lupa singgah ke Warung Adri ye semua!

Lokasi📍

Warung Adri,

Jalan Besar, 25000,

Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: 4pm – Tengah Malam

Google Maps: Warung Adri