Orang Malaysia memang suka makan! Ada pelbagai jenis makanan yang ada di negara kita ni kan. Hanya sediakan duit sahaja, yang lain biarkan mulut menikmati, perut menghadami dan otak mentafsir tahap kesedapan sesuatu makanan.
Kalini kami nak tunjuk pelbagai makanan yang korang boleh dapatkan di medan selera di TASEK KotaSAS ni! Macam-macam tau ada. Ikut je korang craving apa haritu, confirm korang boleh dapatkan kat food court ni!
Food court ni agak tersorok sikit di TASEK ni tapi jangan risau korang boleh tengok ‘sign’ yang ada di sekitar TASEK ni.
Dekat food court ni ada 10 jenis kedai tau yang korang boleh pilih dan nikmati bersama rakan rakan dan keluarga!
Korang nak tahu tak kedai apa ada kat sini? Jom scroll bawah untuk tengok apa yang ada kat sini!
Nak tahu apa yang kami ada makan haritu? Semua sedap-sedap tau!
Lagi satu korang tak perlu risau, ada tandas dan surau berdekatan food court ni tau!
Tunggu apa lagi korang? Tempat duduk pun banyak tak payah berebut nak duduk kat mana.
Kalau korang singgah ke Kuantan nanti, korang boleh singgah di sini untuk try semua makanan yang ada kat sini tau! Bye!
Lokasi📍
TASEK Commercial Centre, KotaSAS,
TASEK @ KOTASAS, 55, Jalan KS 1/4, 25200 Kuantan, Pahang