TASEK @ KotaSAS: Mat Rock Buka Satu Lagi Cawangan di Pahang!

You are currently viewing TASEK @ KotaSAS: Mat Rock Buka Satu Lagi Cawangan di Pahang!

Rasanya semua dah tahu kan nama Mat Rock ni? Mat Rock ni sangatlah terkenal dengan masakan goreng kunyit yang sedap dan sudah pastinya kalau makan satu pinggan je mesti tak cukup walaupun dah berair hidung tu cuba nak habiskan hidangan ni. Mat Rock ni menampilkan 4 jenis masakan goreng kunyit iaitu Ayam Goreng Kunyit, Daging Goreng Kunyit, Sotong Goreng Kunyit dan Udang Goreng Kunyit.

Selalunya korang nampak cawangan dan foodtruck Mat Rock ni ada kat Lembah Klang je kan? Kalini kami nak tunjuk satu cawangan yang baru di TASEK @ KotaSAS, Kuantan Pahang. 

Kalau tak silap, ini cawangan keempat selain cawangan mereka di Gambang, Pahang kan? Orang Kuantan bolehlah ramai-ramai datang ke Mat Rock Ayam Goreng Kunyit yang terletak di TASEK @ KotaSAS ni. Jangan risau, tempat duduk banyak tau disediakan. 

Kalau korang nak tahu, setibanya korang sampai dekat TASEK ni, korang boleh nampak restoran Mat Rock ni tau! Confirm senang je untuk korang sampai. Dah sampai, boleh lah cop tempat dan terus order di kaunter!

Cari je signboard ni! Terus masuk dan order.

Cawangan kat sini memang sangat nyaman tau korang. Nak dengar bunyi kereta atau motor pun sayup-sayup je 😂😄. Confirm senang hati korang nak nikmati makanan korang tu.

Korang nak tahu apa menu yang disediakan tak kat Mat Rock ni? Jom scroll bawah sikit.

(Kredit: Mat Rock Ayam Goreng Kunyit @ Facebook)

Murah kan? Kalau korang order menu set, korang boleh dapat air sekali tau. Air yang disediakan kat sini adalah teh o ais atau sirap ais. Pilih je mana-mana air untuk korang lengkapkan dengan hidangan yang sedap dan murah ni. Kalau korang nak order semua lauk, korang boleh order Set 4 daripada Set Supreme. Memang kenyang!

Set 4 daripada Set Supreme
Korang tengoklah, RM14 je tau kalau ala carte! 

Korang jangan risau kalau nampak tray dah nak kosong! Pekerja-pekerja di Mat Rock ni akan cepat-cepat isi yang panas-panas untuk korang beli! Kalau korang nak bungkus pun, jangan risau, boleh juga untuk korang pesan untuk dibawa pulang dan sudah pasti portion nya masih sama dengan yang di restoran!

Penuh satu bekas! Nyums

So, tunggu apa lagi orang Kuantan, cepat-cepat serbu restoran Mat Rock Ayam Goreng Kunyit di TASEK @ KotaSAS ni tau sebelum terlambat! Senang lepasni nak lunch dah tahu kat mana. Pastinya di Mat Rock Ayam Goreng Kunyit @ KotaSAS!

📍Mat Rock Ayam Goreng Kunyit

TASEK @ KotaSAS, 

55, Jalan KS 1/4, 25200 Kuantan, Pahang

Google Maps: Mat Rock KotaSAS

Comments

Leave a Reply