10 Jenis Mi Segera Yang Korang Patut Cuba

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden / Viral
  • Reading time:16 mins read
You are currently viewing 10 Jenis Mi Segera Yang Korang Patut Cuba

Hai korang! Suka makan mi segera tak? Mesti suka dan pernah makan kan. Tapi korang dah cuba semua jenis mi segera yang ada dalam Malaysia ke belum? Kalau korang nak tahu, terlalu banyak jenama yang best sampaikan Min pun pening nak pilih yang mana. Jadi, Min akan buatkan senarai 10 jenis mi segera yang korang patut cuba!

1. Mamee Chef Tom Yam Thai

mamee chef tom yam thai
Sumber: Shopee

Mamee Chef ni memang sangat popular dalam kalangan penggemar tom yam. Tom Yam kan antara menu wajib dihidang di atas meja. Kalau tiba-tiba craving nak makan Tom Yam, korang beli je Tom Yam Mamee Chef ni. Mesti puas hati. Ini antara mi segera yang cepat habis stok di setiap pasar raya yang menjualnya. Laku keras!

📲Website: https://mamee.com/our-worlds/noodles/

📲Facebook: https://www.facebook.com/mamee.my/

📲Instagram: https://www.instagram.com/mamee.my/

🛒Tekan untuk beli

2. Mi Sedaap Asli

mi sedaap asli
Sumber: Shopee

Kriuk Kriuk. Mi Sedaap ni pula jenama yang popular dengan mi segera goreng yang disertakan dengan bawang goreng rangup. Rangupnya memang asli bunyi kriuk kriuk. Apabila datang mood nak makan mi instant tapi tak nak yang berkuah, memang Mi Sedaap ini lah yang menjadi pilihan utama.

3. Serda Tom Yum Shrimp

mi segera serda tom yum shrimp
Sumber: Shopee

Mana lagi peminat makanan Thai? Barang hot ni. Mi segera yang sering digunakan untuk membuat kerabu maggi. Sangat popular kerana jenama ini sahaja yang memberikan rasa umami yang cukup pada hidangan kerabu maggi. Nak makan macam biasa pun sedap juga. Yang pasti memang tak cukup satu.

📲Facebook: https://www.facebook.com/serdastore

🛒Tekan untuk beli

4. Maggi Kari

Maggi Kari ni pula sememangnya tiada tandingan yang mampu mengatasi rasa original yang tidak boleh dijumpai di mana-mana. Rempahnya yang sedap membuatkan ramai yang inovasikan resepi Maggi kari ni. Masak 2 minit je terus siap. Pantas dan sedap. Sesuai dengan menu nya yang dipanggil “mi segera”. Korang tahu kan walaupun Maggi Kari ni pilihan no.1 orang Malaysia, namun jenama ini bukanlah jenama tempatan. Jom baca sejarah Maggi!

📲Website: https://www.maggi.my/en/

📲Facebook: https://www.facebook.com/MaggiMalaysia/

📲Instagram: https://www.instagram.com/maggi.malaysia/

🛒Tekan untuk beli

5. Mamee Chef Lontong

mamee chef lontong
Sumber: Shopee

Rata-rata penggemar lontong memang approve Mamee Chef Lontong ni. Ramai orang Malaysia yang bagi feedback positif. Katanya memang sedap dan boleh buat korang addicted dengan rasa unik perisa makanan Johor ni. Setakat ini memang tiada lawan yang mengeluarkan perisa lontong bagi edisi mi segera. Jadi, keluaran Mamee lah yang mendominasi market mi segera berperisa lontong ini.

6. Samyang Carbonara

Samyang adalah jenama buatan Korea Selatan yang popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Min pilih Samyang Carbonara kerana rasa nya yang cukup lengkap pedas berkrim. Tidak lah terlalu pedas seperti edisi original Samyang. Namun, tahap kepedasannya juga tinggi dan tidak sesuai untuk orang yang tidak boleh makan pedas. Untuk peminat pedas seperti Min ni, mi segera ini lah yang menjadi pilihan utama. Saiz mi Samyang ini juga sedikit lebih besar berbanding mi segera keluaran jenama lain yang ada di pasaran.

📲Website: https://www.samyangfoods.com/eng/index.do

📲Facebook: https://www.facebook.com/samyangfoods.malaysia/

📲Instagram: https://www.instagram.com/samyangfoods_malaysia/

🛒Tekan untuk beli

7. PAMA Bihun Tom Yam

bihun segera PAMA
Sumber: Lazada

Korang ingat makanan segera ni tiada dalam bentuk bihun ke? Mesti lah ada. Lagi-lagi keluaran PAMA. Jenama ini memang berfokus kepada edisi bihun segera yang menjadi tarikan orang Malaysia. Min pun approve jenama ni kerana perisa nya yang cukup sedap untuk hari-hari di mana Min ada craving nak makan bihun tom yam. Kadang-kadang memang tak akan cukup satu. Pastikan beli lebih ya!

📲Website: https://www.pama.com.my/home.html

📲Facebook: https://www.facebook.com/CaltonDistributor/

🛒Tekan untuk beli

8. Nongshim Shin Ramyun Noodle Soup

Nongshim Shin Ramyun Noodle Soup
Sumber: Ubuy

Nongshim ini juga jenama keluaran Korea Selatan. Dalam banyak-banyak edisi yang ada, Min pilih Shin Ramyun Noodle Soup kerana rasa nya yang cukup unik tapi sedap dalam setiap suapan. Mi segera keluaran Nongshim ini kurang pedas berbanding Samyang. Jadi, untuk korang yang tidak boleh makan pedas tetapi ingin mencuba makanan segera dari Korea Selatan, boleh la mencuba jenama ini!

📲Website: https://nongshim.com.my/

📲Facebook: https://www.facebook.com/NongshimMalaysia/

📲Instagram: https://www.instagram.com/nongshim_malaysia/

🛒Tekan untuk beli

9. Gardenia Numee Kari

Gardenia Numee kari
Sumber: Foodpanda

Ingat tak Min sebut Maggi kari tiada tandingannya? Cuba korang rasa Gardenia Numee Kari ni dulu. Kalau kena dengan selera tekak korang, boleh la bertukar kepada jenama Gardenia pula. Siapa lah tak kenal jenama Gardenia ni. Jenama yang selalu naik nama dalam kalangan orang Malaysia Timur. Bukan setakat keluarkan roti je, sekarang pun dah ada mi instant!

📲Website: https://www.gardenia.com.my/ms/produk/numee-gardenia

📲Facebook: https://www.facebook.com/numeegardeniaofficial/

📲Instagram: https://www.instagram.com/numeegardenia_official/

🛒Tekan untuk beli

10. Vit’s Italian Mi Goreng Aglio Olio

Mi Goreng Aglio Olio?? Betul korang. Mi segera yang datang dengan perisa seakan-akan spaghetti aglio olio. Sekali suap je pasti korang akan rasa “wow”, kerana rasa nya yang hampir sama dengan rasa spaghetti aglio olio. Walaupun mi yang diguna dalam jenama ini bukanlah spaghetti tapi keenakan aglio olio memang akan buat korang terkejut!

📲Website: https://www.vit.com.my/html/

📲Facebook: https://www.facebook.com/vitsnoodles/

📲Instagram: https://www.instagram.com/vits_malaysia/

🛒Tekan untuk beli

Klik sini untuk baca artikel sebelum ini.

Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor

Leave a Reply