Datang je ke Malaysia dan negara Asia Tenggara lain, mesti korang akan nampak penjual-penjual cendol di tepi jalan. Cendol ialah pencuci mulut popular dan tradisional yang hanya boleh didapati di negara Asia tenggara tertentu.
Kepada yang tak pernah dengar apa itu cendol, ia adalah minuman ais kisar yang ramuan asasnya terdiri daripada santan, jeli hijau (yang dihasilkan dari tepung beras dan pewarna pandan) dan gula melaka. Minuman ais kisar ini tersangatlah popular di seluruh Malaysia dan orang Malaysia mustahil tak tau cendol ni apa.
Latar belakang Cendol
Asal usul cendol ni kurang jelas dan tak diketahui sangat dan kontroversi sering tercetus perihal dari mana tempat lahirnya pemanis mulut ini. Beberapa tahun lepas, CNN mengeluarkan list “50 dessert terbaik di dunia” dan cendol tersenarai sebagai pemanis mulut dari Singapura. Hal ini mencetus kemarahan netizen Indonesia dan Malaysia kerana mereka saling mengatakan bahawa cendol berasal dari negara masing masing.
Seorang sejarawan kulinari dari Indonesia, Fadly Rahman, menyatakan bahawa kes ini sama seperti isu Rendang, tiada negara yang layak dan berhak klaim cendol berasal dari negara tertentu. Bukan ke sesebuah makanan dan minuman dicipta untuk kita nikmati dan kongsi bersama, jadi tak patut lah nak jadikan satu isu untuk bergaduh, kan?
Mari kita belajar sedikit tentang sejarah Cendol ni! Menurut Ullen Sentalu (2016), pertama kali perkataan Dawet dicatat ialah di dalam manuskrip Kresnayana pada abad ke-12 di Jawa dimana ia adalah nama Jawa bagi Cendol.
Pemanis mulut Dawet yang disebut didalam manuskrip itu dikatakan dibuat daripada santan, gula melaka dan jeli yang berwarna hijau. Dengar pun dah tau sama macam Cendol, kan? Tapi Dawet ini biasanya diminum dan bukanlah dihidang bersama ais kisar, mungkin kerana ais tidak wujud lagi pada zaman itu.
Pada zaman itu juga, ia agak mustahil untuk dapatkan ais kerana teknologi peti sejuk belum wujud dan Asia Tenggara pun tiada negara negara yang sejuk dan bersalji. Jadi, sesetengah pihak berpendapat bahawa Cendol ni tercipta dari tanah Melayu pada zaman penjajah British. Pihak penjajah British waktu tu dah ada kemudahan peti sejuk ni tau, dan ais ada digunakan dalam Kapal cargo penjajah waktu tu untuk menyimpan barang-barang.
Ada sejarawan yang percaya bahawa Cendol wujud hasil daripada sisa ais di dalam peti itu digunakan oleh orang Melayu di pesisir Melaka dan Penang untuk dimasukkan dalam pemanis mulut mereka ketika itu. Logik juga kan? Tambahan pula, perkataan Cendol pertama kali dicatat didalam ‘Malay Concordance Project’ yang termasuk senarai makanan yang boleh didapatkan di Kuala Lumpur pada tahun 1932.
Cendol milik Asia Tenggara!
Korang tahu tak Cendol ni ada kat 10 negara Asia tenggara? Ha, bukan orang Malaysia je tau yang makan cendol. Sejarawan kulinari Fadly Rahman juga kata, “Cendol ini ialah minuman yang wujud di Asia Tenggara sejak berkurun lamanya. Cendol bukan datang dari satu negara tertentu.” Cendol ni ada banyak rupa dan bentuk di seluruh Asia Tenggara tau, dari Vietnam ke bandar bersejarah Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei dan dekat Timor Leste pun ada tau! (Cheema, 2019).
Lain negara ni ada lain cara diorang nikmati Cendol ni, ada yang minum terus dari gelas dan ada yang makan dalam mangkuk macam kat Malaysia. Di Vietnam, dessert ni dikenali sebagai Chè Ba Màu yang bermaksud minuman tiga lapis dan agak sama dengan Cendol dari segi penyediaan dia.
Thailand pula ada Lot Chong yang rupanya sama macam Cendol tapi tidak semeriah Cendol. Sementara itu, di Indonesia Cendol ni dipanggil Es Cendol atau Dawet dan kalau korang pergi ke Myanmar mesti korang jumpa dessert serupa macam Cendol tapi dipanggil Mont Let Saun
Dekat Filipina, dessert macam ni pula diorang panggil sebagai Halo Halo dan warnanya sangat menarik kalau nak dibandingkan Cendol traditional ni. Wah, menarik kan?
Cendol di Malaysia
Di Malaysia pula, dekat mana mana pun boleh beli Cendol ni tetapi biasanya dijual di pusat penjaja, di kedai-kedai yang nampak je usang tapi legend, dan selalunya dijual atas kereta sorong di persimpangan jalan sibuk. Cendol ni sentiasa dapat legakan sejuk dari haba tropika sebab itulah ramai yang suka, kan?
Bahan bahan basic yang diperlukan kalau nak buat Cendol ni ialah santan atau susu cair, gula melaka, jeli Cendol yang berwarna hijau tu dan yang paling penting kena la ada ais kisar! Kalau gabungkan semua bahan ni, dapatlah Cendol yang lemak manis dan sejuk tu! Sedapnya kalau dapat time cuaca panas ni.
Disebabkan rakyat Malaysia ni kreatif dan suka berinovasi dengan makanan, sekarang dah bermacam macam jenis Cendol ada tau. Ada Cendol Durian, Cendol aiskrim, Cendol ABC (cendol yang digabungkan dengan ais kacang) dan ada banyak toppings macam kacang merah, jagung dan banyak lagi.
Tahap kreatif orang Malaysia ni tak habis kat situ je, sekarang dah wujud pula Cendol McFlurry, kek berperisa Cendol, cendol boba dan macam macam lagi. Jangan terkejut pula kalau ada yang perkenalkan Nasi Lemak Cendol nanti!
Walaubagaimana sekali pun rupa Cendol ni diubah, ia tetap akan jadi dessert pilihan dan kegemaran rakyat Malaysia, setuju tak?