Seluruh rakyat Malaysia memang kenal kuih ni. Kuih onde onde ialah kuih tradisional yang digemari oleh seluruh rakyat Malaysia. Pergi mana-mana pasar malam atau bazaar Ramadan, memang jumpa kuih ni.
Gula melaka adalah bahan yang biasa digunakan sebagai inti onde onde.
Gula melaka dipotong hingga kecil dan diletakkan di tengah-tengah satu cubit adunan onde onde sebelum direbus.
Ketika sedang direbus, gula melaka akan cair di dalam adunan tersebut dan akan memberikan rasa ‘meletup’ di dalam mulut apabila digigit.
Selepas direbus, ia akan terus disaluti dengan kelapa putih panas-panas supaya kelapa putih senang untuk melekat.
Onde onde bukan sahaja berwarna hijau, tapi ramai juga yang rajin buat onde onde warna warni.
Kombinasi rasa manis gula melaka, luaran yang kenyal dan berlemak, diikuti dengan kelapa putih yang disalut diluar telah memikat seluruh rakyat Malaysia dan menjadi salah satu kuih kegemaran orang ramai di Malaysia.
Zaman sekarang ni, ramai yang mempunyai idea yang kreatif dengan mengubah resepi asal kepada resepi yang baru dan menarik.
Salah satu contoh adalah onde onde chocolate ataupun dipanggil choconde.
Resepi Choconde ini telah dimuat naik di TikTok oleh @amirul.fikry, menunjukkan cara-cara untuk membuat Choconde.
Bahan-bahan:
- Tepung ubi
- Serbuk koko
- Susu pekat
- Chocolate
- Nestum
Cara-cara:
- Untuk adunan, masukkan 3 sudu tepung ubi, 1 sudu serbuk koko, 1 sudu susu pekat dan air mengikut kuantiti tepung kedalam mangkuk, kemudian gaul.
- Ambil secubit adunan tersebut dan tekankan di tapak tangan hingga leper.
- Letak chocolate pilihan samada white chocolate, milk chocolate atau dark chocolate di tengah-tengah adunan di tengah-tengah.
- Gumpal dengan kemas sehingga bulat.
- Rebus dalam air yang mendidih.
- Angkat menggunakan penapis, kemudian disalutkan dengan nestum.
TikToker seperti @syifajamill juga telah menaikkan video membuat Choconde di Tiktok yang telah mencecah lebih dari 1 juta views.
Lihat video cara-cara untuk membuat Choconde di TikTok @amirul.fikry!
@amirul.fikry CHOCONDE ✨ #CHOCONDE #kecohrayatiktok #rayaketuw #laparketuw #persiapanraya #learnontiktok #seleraramadan #fyp #fypシ #foryoupage
♬ Happy Music – Mystix Instrumentals