Restoran Hidang KL Menyediakan Makanan Kampung Kegemaran Korang

  • Post author:
  • Post category:Makan / Viral
  • Reading time:5 mins read
You are currently viewing Restoran Hidang KL Menyediakan Makanan Kampung Kegemaran Korang

Siapa sini suka sangat dengan makanan kampung? Rindu dengan masakan air tangan mak dekat kampung? Korang jangan risau min jumpa satu restoran ni menyediakan segala macam jenis makanan kampung yang korang cari di tengah-tengah bandar KL. Nama restoran tersebut adalah Hidang KL dan terletak di Jalan Damai, Kuala Lumpur. Korang boleh pilih nak makan jenis ala carte atau pun set. Ajak kawan-kawan office masa lunch memang best.

Kalau korang nak tahu vibes restoran ni nampak macam kedai jual makanan western atau bakery sebab decoration restorannya sangat minimalist. Bukan itu je ruang makan yang luas dan selesa lebih mudah untuk pelanggan makan. Hidangannya juga diletakkan di dalam pinggan yang old school. Nampaklah vibes orang dulu-dulu sambil mengenang masa kecil. Apa yang penting harga yang diberi di restoran Hidang KL ni sangat berpatutan dan rasanya pun sangat sedap.

interior hidang
Source: Fadzli yaa’kub

Untuk pengetahuan korang, tempat ini akan jadi favourite spots untuk pekerja office datang lunch sebab ada macam-macam jenis lauk. Contohnya, masak lemak cili api, masak berlado, gulai, asam pedas, ulam-ulaman dan banyak lagi. Meh sini tengok video review dari netizen yang dah makan dekat Hidang KL.

Haa kalau korang nak cari lagi port best nak makan masakan kampung dekat area KL. Korang boleh baca artikel ni sebab tempat ni pun sedap weh.
https://purpledurian.my/food-review/masakan-kampung-yang-sedap-di-restoran-sambal-hijau/

Menu Hidang KL

1. Daging Salai Masak Lemak Cili Api

daging salai mlca
Source: Dawn Leow

Ini antara menu yang paling famous dekat Hidang KL. Kebanyakkan pelanggan sangat suka dengan daging salai MLCA ni rasa pedas dan pekat dia sangat sedap. Korang datang sini kena try menu ni tau.

2. Temenung Berlada

temenung berlada
Source: Dawn Leow

Haa yang suka masak berlada tu wajib kena try dia punya menu berlada contohnya temenung berlada memang sedap dan yang suka pedas patut order yang ni.

3. Pucuk Paku Belacan

pucuk paku belacan
Source: Dawn Leow

Tak lengkap lah kalau tak ada sayur betul tak? Haa pucuk paku belacan pun antara yang famous dekat Hidang KL dan kangkung belacan pun ramai yang suka.

Haa sebenarnya banyak lagi makanan kampung yang best nak share dengan korang dekat Hidang KL ni tapi kalau korang nak tengok menu mereka boleh klik disini. Korang boleh plan nak makan apa sebelum datang. Hidang KL buka dari Sabtu hingga Khamis bermula 11 pagi hingga 6 petang. Jadi rancang perjalanan korang nak makan sebelum datang ke Hidang KL.

Location
📍Hidang KL

20 Jalan Mesra, Off, Jalan Damai, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/n9vaUSgydBP7NLRm7

📲Instagram: https://www.instagram.com/hidangkl/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@hidangkl