30 Hari 30 Resepi by Hamdan Mubarak: Bandung Tembikai

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden / Resepi
  • Reading time:5 mins read
You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi by Hamdan Mubarak: Bandung Tembikai

Bismillah! Korang pernah minum bandung tembikai tak? Selalunya Min asyik dengar resepi bandung laici dan bandung cincau je. Apa kata kali ini korang cuba buat air ni untuk berbuka puasa nanti? Mesti sedap kan!

MENU: BANDUNG TEMBIKAI

bandung tembikai

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji tembikai
  • Ais
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1/2 tin susu cair
  • 100ml sirap ros

Cara-cara:

tembikai
tembikai

1. Ambil satu biji tembikai yang besar dan potong kepada dua bahagian. Untuk resepi ini, hanya gunakan 1/2 bahagian.
2. Potong dadu isi tembikai.

tembikai dikisar
kisar tembikai

3. Masukkan kesemua tembikai tadi ke dalam pengisar sehingga penuh. Kisar halus sehingga tembikai menjadi air.

susu pekat
susu cair

4. Di dalam jag air, masukkan ais dan air tembikai yang telah dikisar tadi.
5. Tuangkan 1/2 tin susu pekat dan 1/2 tin susu cair ke dalamnya.

sirap ros
bandung tembikai

6. Tuangkan juga 100ml sirap ros. Kacau air sehingga susu tidak lagi mendap di bahagian bawah.
7. Air akan bertukar menjadi warna merah jambu yang cantik dan siap untuk dihidang!

Senang je kan nak buat? Kalau korang hidangkan air ni untuk keluarga atau kawan, mesti mereka akan tertanya “ni air bandung ke air tembikai”. Jawapannya adalah dua-dua! Jarang lah orang buat air ni. Boleh bagi rasa kelainan untuk berbuka puasa nanti. Makan bersama Roti John Kambing pun sedap ni. Mesti cuba tau!

Video Penuh: Bandung Tembikai

Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor

Leave a Reply