Harini min nak seru peminat makanan Korea untuk singgah ke Daega Korean Grill & BBQ yang terletak di The Curve, Mutiara Damansara Selangor. Daega Malaysia ini baru sahaja dibuka pada Januari 2023 dimana mereka ialah restoran Korea Premium Barbeque yang Muslim friendly untuk korang yang sangat teringin nak makan sajian Korea yang sedap dan HALAL.
Seperti restoran Korea lain, Daega Malaysia kelihatan sangat selesa dan premium untuk korang dine in disini bersama keluarga makan daging import Korea yang fresh fresh sangat.
Dengan dekorasi yang simple, jadi amat sesuai untuk korang bbq dan bakar daging dengan tenang dan tak panas sangat kerana banyak aircond disini. Oh jangan risau disini korang boleh pilih sama ada nak bakar sendiri daging atau nak staff yang hidangkan.
Yang penting service staff di Daega Malaysia amat tiptop dan friendly nak tolong korang dari pemilihan menu atau bakarkan daging untuk korang ha. Lagi satu, kebersihan di restoran ini amat dijaga rapi oleh staff mereka terutamanya tempat bbq mereka yang sangat bersih untuk keselesaan pelanggan mereka.
Daega Malaysia menyediakan pelbagai hidangan Korea dari bbq sehinggalah sajian yang authentic korea seperti Kimchi Jeonggol, Mul Neng Myeon, Yukhoe Bibimbap, Ayam Hanbang Sam Gye Tang dan sebagainya. Daging bbq restoran ini sangat segar dan high premium quality okay. Seafood pun turut disediakan untuk dijamu selera bersama daging daging yang high quality.
MENU
1. Set Barbeque (Daega Special Set)
Dalam set ini korang akan dapat daging, ayam dan seafood seperti sotong dan udang untuk dibakar. Then korang pilih lah nak cicah sos istimewa Daega ini dan makan bersama salad yang segar. Jangan risau semua bahan disini dijaga dengan bersih dan bila makan daging tu lembut sangat! Terliur min tengok review orang so korang pun kena try bbq disini.
2. Kimchi Jeongol
Ini adalah antara menu signature disini sebab kimchi mereka diperap dengan sos istimewa yang sangat sedap dan pedas manis begitu. Kuah pun rasa pedas then makan dengan ramen kena sangat gabungan itu. Meletup letup dalam mulut korang kesedapan stew kimchi di Daega.
3. Yukhoe Kimbap
Dalam gimbap ini banyak betul sayur yang rangup dan sedap ditambah lagi dengan sos Daega dan nasi panas panas dalam mangkuk itu. Campur semua bahan memang ngam habis makan. Kenyang satu hari korang makan menu ini.
4. Hanbang Sam Gye Tang
Seketul ayam besar dalam mangkuk hidangan ini. Hidangan macam sup cuma menggunakan resepi Korea yang rasa herba yang sihat. Yelah orang Korea kan suka makan hidangan yang sihat tambah lagi ayam pun lembut gila. Korang gigit sekali confirm terus cair dalam mulut korang hahahaha.
5. Mul Neng Myeon
Selama ini min nak tengok dalam drama Korea je mee yang dihidang sejuk sejuk macam itu. Kalini korang boleh rasa sendiri kesedapan mee ini yang pelik tapi sedap sangat. Boleh rasa kuah rempah herba yang menyengat dan mee pun tak kenyal. Wajib rasa menu ini!!
So tunggu apa lagi korang, cepat cepat serbu ke Daega Korean Grill & BBQ untuk menikmati makanan Korea yang sangat premium dan authentic. Segala daging perapan disini sangat sedap dan menyelerakan. Harga pun murah dan berbaloi untuk portion yang besar ha. Suasana pula sangat selesa untuk makan bersama kawan kawan korang beramai ramai makan sajian Korea. Jemput datang korang semua!!
LOKASI
📍Daega Korean Grill & BBQ
Lot 146, The Curve, 1F, Jln PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47820 Petaling Jaya, Selangor
🗺️Google Maps : https://goo.gl/maps/gEZm7xsmJdvcTMfs5
☎️Phone : 0364210733
📱Facebook : https://web.facebook.com/daegamalaysia/?_rdc=1&_rdr
📱Instagram : https://www.instagram.com/explore/tags/daega/?hl=en